Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 14 December 2020

...Masih Milikan Muslim?

ADAKAH GARDENIA MASIH MILIKAN MUSLIM?


Raja Gula, dan kontroversi Gardenia VS Massimo? 

Siapa tidak kenal orang terkaya Malaysia, Tan Sri Robert Kuok yang menjadi taikun perniagaan sejak sekian lama. Menurut Forbes, kekayaan beliau mencapai $10.6 billion pada Julai 2020 menjadikan beliau orang ke-104 terkaya di dunia.

Tan Sri Robert Kuok dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1923 dan merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Beliau merupakan rakan sekelas Lee Kuan Yew (PM pertama Singapura) di Raffles Institution. Beliau kini menetap Hong Kong bagi urusan perniagaan di China.

Bermula dengan mengambil pengalaman sebagai office boy, kemudian menjadi kerani sebelum menubuhkan syarikat Kuok Brothers Sdn Bhd pada tahun 1949 bersama adik-beradik dan saudaranya.

Barang asas seperti beras dan gula adalah perniagaan utama dan beliau memperluaskan empayar kepada industri perhotelan (Shangri-La Hotel), pembangunan high rise, pejabat, shopping mall dan banyak lagi. 

Kuok Brothers memulakan perniagaan sebagai pembekal beras di Tanah Melayu. Kemudian, mereka menceburi dalam perniagaan pemprosesan gula dan tepung pada 1950s dan 60s. Robert Kuok mengatakan bahawa saingan hebat dalam industri beras menyebabkan mereka bertukar arah kepada perniagaan gula.

Kejayaan mereka dalam mengawal lebih daripada 10% bekalan gula di dunia memberikan mereka gelaran ‘Raja Gula’.  

Sebelum ini, jenama Gula Prai bernaung di bawah Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd (MSM) di mana pemegang saham terbesar dimiliki oleh Robert Kuok. Namun, atas desakan daripada ahli parti politik UMNO, beliau dipaksa menjual saham MSM pada tahun 2009 kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) yang kini menjadi pemilik utama jenama Gula Prai. 

Dalam erti kata lain, status Raja Gula kini dipegang oleh FELDA.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pemilik jenama roti Gardenia melalui syarikat beliau Federal Flour Mills (FFM) yang memegang saham besar di Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). 

Selain gula, tepung juga merupakan bahan asas makanan masyarakat Malaysia dan antara peniagaan yang paling menguntungkan. Seperti sebelumnya, Robert Kuok menghadapi desakan dari ahli politik UMNO serta kerajaan Barisan Nasional yang mendesak Robert Kuok melepaskan saham di BERNAS. 

Dan akhirnya, Gardenia telah dilepaskan oleh beliau. Robert Kuok memberi saingan kepada Gardenia dengan jenama barunya, Massimo. Isu roti pada masa itu menjadi isu bangsa dan agama di mana rata-rata masyarakat Melayu menyokong Gardenia manakala masyarakat Cina menyokong Massimo.

Ada desas-desus mengatakan BERNAS yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari memberikan tekanan kepada Gardenia untuk tidak mengambil sumber dari FFM yang dimiliki Robert Kuok atas sebab yang tidak munasabah.

Polemik ini berlanjutan dengan pelbagai konflik sehingga mendapat pengetahuan umum. Maka, bermulalah kad rasis yang dimainkan segelintir pihak.

Perniagaan Robert Kuok bukan sahaja gula, roti dan hotel, tetapi sangat banyak sehingga ramai yang tidak tahu. Kami senaraikan beberapa jenama yang mungkin anda kenal.

  1. Tepung gandum Cap Sauh
  2. Marina (frozen food)
  3. Kart’s (frozen food)
  4. Seri Murni
  5. V-Soy
  6. Jordan (berus gigi)
  7. Star Brand (pewarna makanan)
  8. Goodmaid (barangan kebersihan rumah)
  9. Pawagam Golden Screen Cinemas (GSC)

Anda boleh kategorikan perniagaan beliau banyak tertumpu kepada barangan keperluan asas sama ada makanan, kebersihan atau hiburan.

Walaupun Robert Kuok menetap di Hong Kong lebih daripada 40 tahun, beliau tidak mahu melepaskan kerakyatan Malaysia kerana kasihnya terhadap negara.

#JM #RobertKuok #Gardenia #Massimo #JenamaMalaysia

Sumber :  https://www.facebook.com/109107074296162/posts/132762968597239/

Petikan artikel dari https://www.facebook.com/JenamaMY.Official/?ti=as

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...