Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 17 December 2020

...MESKIPUN DIPENJARA ATAU DIBUNUH

JANGAN TUDUH ULAMA' BERSALAH MESKIPUN DIPENJARA ATAU DIBUNUH. INILAH JALAN YANG DITEMPUHI OLEH ULAMA-ULAMA SEBENAR DALAM MENEGAKKAN AGAMA ISLAM🌹

  • IMAM SYAFI'I,

Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

  • IMAM HANAFI

Ditangkap, dipenjara, dipukul, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

  • IMAM MALIKI

Dipukul dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

  • IMAM HAMBALI

Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

  • SUFYAN AT TSAURI

Seorang wali اللهﷻ yang termasyhur. 

Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya mereka mati tertimbun tanah.

  • SAID BIN JUBAIR

Seorang wali اللهﷻ yang dikasihi harimau.

Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

  • ABU YAZID AL-BUSTAMI

Wali اللهﷻ yang terkenal dengan pelbagai karamah. 

Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah.

Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

  • ABUL HUSIN AN-NURI

Wali اللهﷻ yang mampu menundukkan api. 

Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

  • IMAM NAWAWI

Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. 

Juga seorang wali اللهﷻ yang terkenal sepanjang zaman.

Sila bandingkan ulama pada zaman dahulu dengan Ulama Akhir Zaman ini..Bagai langit dengan Bumi.

  • NOTA : 1

Berapa Ramai Ulama zaman ini yang sanggup dipenjara, disebat dan dihukum bunuh orang para raja, sultan dan kerajaan di atas segala maksiat serta persundalan yang lakukan oleh Pihak Istana dan pemerintah..?? Jika tiada MAKA simpanlah sedikit perasaan malu serta aib bila mahu mengaku diri sendiri sebagai Ulama.. DAN jangan asyik berbangga dengan gelaran ulama..kalian masih jauh tarafnya dari para ulama silam..

* Kalau Ulama Tender, Ulama Projek dan Ulama Kontraktor ramailah.

Apabila ilmu agama dibangga-banggakan dan dijadikan taruhan serta sandaran bagi mengejar kedudukan di dalam dunia ini MAKA tunggulah saat kehancurannya..

  • NOTE : 2

Hakikatnya banyak fakta sejarah islam disembunyikan oleh para ulama zaman ini, antaranya sejarah kekhilafahan islam zaman dahulu. 

Para Ulama zaman ini hanya mengambarkan Khalifah islam zaman dahulu semuanya baik, Mulia serta beriman walhal pada zaman keagungan empayar Islam dahulu terdapat ramai Khalifahnya yang zalim, Jahat, kaki maksiat, merompak harta rakyat serta membunuh rakyat jelata sesuka hati mereka sahaja..

Doktrin bagi mendewa-dewakan para Ulama dan Khalifah Islam yang dianggap terlalu sempurna telah berjalan sejak ratusan tahun yang lalu DAN di akhir zaman ini, pemerintah dan agamawan didewa-dewakan sehingga manusia menjadi Hamba kepada Manusia yang lainnya sehingga para ulama tidak boleh dipertikaikan Ijtihad mereka.

  • NOTE : 3 

Di dalam buku Sejarah Ketamadunan Islam yang dicetak pada zaman muktahir ini sering mengambarkan bahawa kejatuhan Empayar Islam silam adalah berpunca dari rakyatnya hidup mewah sehingga meninggalkan ajaran agama. Ini adalah doktrin bagi mengelirukan umat islam dengan meletakkan ke semua kesalahan ke atas bahu rakyat jelata.

Hakikatnya kehancuran ketamadunan islam itu sebenarnya berpunca dari kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh para Khalifah dalam percaturan politiknya, penindasan, rasuah, assobiyah, kroni, penyelewengan, pengkhiatan para pegawai kerajaan dan para ulama yang mencari makan dengan Khalifah Islam hanya menjadi Syaitan Bisu.

Ulama yang bukan berkerja di bawah khalifah tidak berani bangkit menyatakan kebenaran kerana hidup mereka sudah selesa serta takut mereka dipenjara atau dibunuh oleh Khalifah. Ulama seperti ini hanya mencari jalan untuk berlembut serta berdamai dengan pihak Khalifah dan Pemerintahan yang Zalim demi kepentingan peribadi serta kelompok mereka.

Ulama ditegah keras dari menghampiri istana-istana Khalifah kerana dikhuatiri ulama akan mengunakan dalil dari Al-Quran dan Hadith bagi membenarkan salah laku pemerintah..

https://www.facebook.com/100001961725237/posts/4926774787397863/

سبحان الله العظيم 

الله اكبر 

لا حو ولا قوة إلا بالله العلى العظيم 

قل الحق ولو كان مرا

Katakanlah yang HAQ walaupun pahit.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...