Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 10 January 2021

Buy Muslim First (BMF)

Rentetan dan kesan Kempen Buy Muslim First (BMF) ke atas ekonomi Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. buat semua

Isu berkenaan Kempen Dahulukan Produk Muslim yang pernah menjadi perhatian masyarakat Muslim adalah antara persoalan yang juga menarik perhatian ramai. 

Adakah kempen ini akan memberikan kesan buruk jangka panjang secara keseluruhannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara Malaysia (🇲🇾) ? 

Untuk memudahkan kefahaman kita berkenaan dengan isu ini, di sini sebagai contoh diambil satu situasi rakyat berbelanja sejumlah RM100 juta sehari. 

Senario sebelum BMF :

Jika purata rakyat berbelanja sebanyak RM100 juta sehari dan daripada itu, 95% berakhir dalam tangan non-muslim iaitu RM95 juta dan pengusaha muslim dapat RM5 juta.

Senario semasa BMF :

Rakyat tetap berbelanja RM100 juta sehari. Sejumlah 65% rakyat (semuanya muslim) ber BMF, maka RM65 juta beralih tangan kepada pengusaha muslim dan non-muslim terima RM35 juta dalam sehari.

Maka, apakah kesan negatifnya ?

• Kepada pengusaha muslim - Tiada.

Bahkan mendapat manfaat berganda melalui pembayaran zakat dan cukai perniagaan turut meningkat. Akhirnya, perniagaan semakin berkembang dan peluang pekerjaan juga semakin terbuka luas, In shaa Allah aamiin.

• Kepada non-muslim pula ? Ada.

Dulu dapat RM95 juta tetapi selepas BMF, menyusut kepada RM35 juta sehari. Kerugian sebanyak RM60 juta sehari.

Terdapat tekanan dalam penjelasan kredit dan hutang buat mereka. Liabiliti semakin meningkat. Pencairan aset dan bermacam-macam lagi bagi menampung kos pengeluaran dan operasi yang sudah tidak setimpal dengan pulangan. Selain itu, sistem perbankan berasaskan riba juga  mengalami tekanan kerana non-muslim pinjam berbilion-bilion ringgit dan sebagainya. Maka, akhirnya akan wujud suasana panik dalam ekonomi buat mereka. Kesan terburuk ini juga bakal terjadi dalam sejarah ekonomi non-muslim buat pertama kalinya iaitu sejak sekian lamanya mereka telah monopoli kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi.

Respon yang terbaik ?

Adakah rakyat Malaysia (khususnya orang Muslim) perlu ambil kisah sekiranya perkara ini terjadi kepada mereka (non Muslim) ? 

Adakah anda sedar bahawa, usahawan daripada perniagaan Non-muslim telah pun mengaut keuntungan ekonomi di Malaysia selama 62 tahun?

Tunggu apa lagi? Maka, mulai daripada hari ini, sila utamakan terlebih dahulu Produk-produk keluaran muslim. Oleh itu, sila abaikan produk-produk non Muslim yang lain. 😅

SENTIASA SOKONG PRODUK MUSLIM - BUY MUSLIM FIRST (BMF) SELAMANYA.

Istiqomah Jihad Ekonomi Islam sampai kiamat.

#info #motivasi #pejuang #muslim #prakata

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...