Gambar : Persada Sungai Batu
Hebatkah Kerajaan Kedah Tua? Kalau pada saya memang hebat. Dan apakah ada kerajaan lain sebelum Kerajaan Kedah Tua? Setakat pada penemuan sejarah yang berfakta, maka kita pegang penemuan tinggalan sejarah Melayu lama di Tapak Arkeologi Sungai Batu memperlihatkan bahawa benar Kerajaan Kedah Tua itu wujud. Jika sebelum ini candi-candi diperkatakan bahawa mungkin sebuah kerajaan lama telah pun ada di Kedah.
Candi yang terawal adalah pada kurun ke 4 Masehi yang ditentukan tarikhnya berdasarkan bentuk binaan. Pentarikhan dalam lapangan sejarah sebelum pengunaan IT yang meluas adalah melalui beberapa mekanisme antaranya meletakkan pembinaan atau pembuatan tinggalan lama mengikut tahun popular yang dikenalpasti oleh pakar sejarah.
Dan kurun yang paling akhir ditemui candi-candi di sekitar Lembah Bujang adalah pada kurun ke 13 Masehi. Dan ianya juga menjadi noktah kepada komuniti pedagang dari India.
Yang disebut-sebut orang pada masa ini adalah Sungai Batu. Tempat apakah itu? Tempat itu adalah tempat baru yang menunjukkan adanya bukti sejarah yang lebih kukuh dan berfakta. Pentarikhan untuk setiap jenis jumpaan yang penting yang diambil dari setiap tapak penyelidikan dibuat secara profesional iaitu melalui penghantaran sampel ke makmal-makmal pentarikhan antarabangsa seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.
Melalui pentarikhan radiokarbon ini, beberapa tarikh tinggalan yang terawal diperolehi secara berperingkat yang melibatkan tempoh masa yang berlainan berdasarkan hasil kajian makmal pentarikhan.
Dan dari tarikh-tarikh terlama atau terawal yang diperolehi maka dapat diasingkan tarikh terawal dan terlama ini mengikut fungsi dan mengikut usia yang mewakili usia lamanya tapak tinggalan di Sungai Batu.
Contohnya begini. sebanyak 54 tapak tinggalan ditimbulkan yang sebelum ini ditandai berjumlah 97 tapak yang berpotensi ada kesan tinggalan, terdapat 4 jenis binaan yang dikelaskan diisi oleh 54 tapak ini.
- Jeti atau dermaga
- Syahbandar atau binaan yang menyokong pentadbiran atau perjalanan fungsi jeti
- Tapak peleburan besi dan;
- Tempat ibadat atau dipanggil monumen keugamaan
Sehingga tarikh 2019 secara berfakta melalui buku yang dikeluarkan oleh PPAG bertajuk Arkeologi Kedah Tua: Sumbangan Data Terkini Dari Persepktif Warisan Seni Dan Budaya, penemuan mengikut jenis binaan atau fungsi adalah seperti di bawah:
- Jeti : 11 tapak
- Syahbandar : 16 tapak
- Tapak Peleburan Besi : 17 tapak
- Monumen keugamaan : 1 tapak
Tarikh paling lama tinggalan berdasarkan fungsi melalui pentarikhan radiokarbon melalui makmal-makmal antarabangsa:
- Jeti : Tahun 582 Sebelum Masehi
- Syahbandar : Tahun 487 Sebelum Masehi
- Tapak Peleburan Besi : Tahun 788 Sebelum Masehi
- Monumen Ritual : Tahun 110 Masehi
Untuk keseluruhan tarikh tertua adalah 788 Sebelum Masehi melalui tapak peleburan besi yang direkodkan setakat ini bahawa Sungai Batu adalah bukti Kerajaan Kedah Tua itu wujud dan peranan kerajaan ini pada dunia adalah membekalkan besi kepada dunia seawal kurun ke 8 Sebelum Masehi.
Untuk rekod yang lebih hebat, besi diperkenalkan oleh Nabi Daud AS pada abad ke 11 Sebelum Masehi iaitu 300 ratus tahun sebelum industri besi bertaraf dunia dijalankan di Kedah, Malaysia melalui penemuan Sungai Batu. Selepas Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan besar ayahanda Baginda Nabi Daud AS.
Berdasarkan penemuan di Sungai Batu, Melayulah yang menjadi bangsa utama yang menjalankan pekerjaan secara dunia iaitu mengeluarkan besi yang dilebur untuk kegunaan semua tamadun dunia semenjak 788 Sebelum Masehi.
Hebatnya Melayu!
https://www.facebook.com/1413499895570914/posts/2773301229590767/
--------------------------------
Penemuan Artifak & Ekofak Manusia Prasejarah di Tanoh Gayo
No comments:
Post a Comment