Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 4 January 2021

HMS MALAYA

HMS MALAYA : KISAH SEDIH KAPAL PERANG UTAMA YANG DIBAYAR NEGERI MELAYU BERSEKUTU 

Dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia, mereka tidak pernah mempunyai kapal perang utama (Battleship). Ini adalah kerana selepas perang dunia kedua penggunaan kapal perang utama sudah ketinggalan zaman. Kapal perang utama Yamato, Bismarck, Arizona dan Prince Of Wales kesemuanya musnah akibat penggunaan kapal terbang pengebom dan torpedo. Pasca Perang Dunia Kedua kapal perang pengangkut kapal terbang mengambil alih tugas kapal perang utama sebagai kapal paling berprestij.

Sungguhpun Malaysia tidak pernah mempunyai kapal perang utama, kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) bersetuju membina sebuah kapal perang utama yang kemudian dihadiahkan kepada kerajaan Britain. HMS Malaya dilancarkan pada tahun 1915 dan mula beroperasi pada tahun 1916. Kapal perang dari kelas Queen Elizabeth ini dibina dengan kos £2,945,709 (25 000 000 Dolar Negara Selat) di limbungan kapal milik Armstrong-Whitworth's di Walker-on-Tyne Newcastle England. Pemberian kapal perang ini kepada Britain adalah buah fikiran Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Azam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan disokong oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. Ianya dicadangkan Almarhum Sultan ketika majlis raja-raja 1912 sebagai tanda sokongan Negeri-negeri Melayu Bersekutu kepada Empayar Britain. Pada tahun 1921 HMS Malaya melakukan lawatan ke Tanah Melayu dan berhenti di  Port Swettenham, Singapura, Melaka, Port Dickson and Pulau Pinang. HMS Malaya melakukan majoriti operasi ketenteraannya di lautan Mediterranean dan kepulauan Britain. 

Semasa masih beroperasi, King George pernah bertugas di atasnya. Kapal perang utama ini dilengkapi 8 meriam 15 inci yang diletakkan di dalam 4 rudal utama dan mempunyai sesaran seberat 33 020 tan. Panjang kapal ialah 196.82 m sementara lebarnya pula ialah 27.58 m. Ia diperkasakan enjin stim arang batu 56 600 kuasa kuda yang mampu memberikan kelajuan maksimum 25 knot. 

Ketika Perang Dunia Pertama, Malaya terlibat di dalam Petempuran Jutland. Pertempuran ini terkenal kerana ia berjaya menghadkan pembabitan Tentera Laut Jerman hanya sekitar perairan litoralnya. Di dalam pertempuran ini Malaya mengalami kerosakan yang teruk akibat dibedil sebanyak 8 kali. Antara yang tercedera ialah Able Seaman Willie Vicarage. Beliau adalah antara individu terawal yang diberikan pembedahan plastik bagi membaiki muka akibat kecederaan yang teruk. Sebahagian besi dari bedilan kapal perang Jerman ini kemudiannya dihadiakan kepada Negeri Negeri Melayu Bersekutu ketika lawatan pada tahun 1921. Kami tak tahu sama ada artifak ini masih ada di Malaysia ataupun tidak. Uniknya HMS Malaya ketika pertempuran Jutland ialah ianya satu-satunya kapal perang yang mengibarkan bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan bukannya bendera Britain. Bendera ini dikatakan sepanjang 15 kaki. 

Pada tahun 1922 HMS Malaya membawa  Sultan Mehmed VI, Sultan terakhir Empayar Otmaniah yang dibuang negara oleh Mustapha Kamal Attaturk ke Malta. 

Pada tahun 1936 HMS Malaya dihantar ke Palestin bagi menentang kebangkitan warga Arab yang tidak bersetuju dengan kebanjiran bangsa Yahudi yang dibawa masuk Britain. Beberapa periuk api yang disimpan di atas HMS Malaya digunakan bagi meletupkan rumah milik penentang Arab. 

Pada tahun 1941 Ketika Perang Dunia Kedua, Malaya mengalami kerosakan teruk akibat serangan torpedo U-Boat. Ia dibaiki di Pelabuhan New York dan kemudiannya menjadi pengiring konvoi kapal kargo merentasi lautan Atlantik.

Pada tahun 1948 HMS Malaya dihentikan khidmatnya oleh Tentera Laut Diraja Britain dan ianya diubah menjadi kapal sasaran untuk sekolah latihan pengebom udara. Pada 12 April 1948 ianya dimusnahkan sebagai besi buruk di Fastlane Scotland.

Pada 12 September tahun yang sama sempena hari menyambut kemenangan British di Malaysia, loceng HMS Malaya dihadiahkan oleh Tentera Laut Diraja Britain kepada Sekolah Vitoria Institution (V.I) Loceng ini dibunyikan setiap pagi bagi menandakan permulaan sesi persekolahan. Ianya dihadiahkan kepada V.I kerana ianya pada ketika itu merupakan sekolah terbaik di Tanah Melayu dan diharapkan prestij HMS Malaya yang penuh bersejarah dapat menjadi contoh teladan pelajar sekolah. 

Pada tahun 1983 pihak TLDM cuba mendapatkan loceng ini dari pihak sekolah untuk diletakkan di Muzium TLDM. Pihak V.I enggan menyerahkannya kerana ianya hadiah dari Tentera Laut Diraja Britain dan bukannya milik TLDM. TLDM gagal mendapatkan hak penjagaan loceng ini selepas pesatuan Old Boys V.I berjaya menunjukkan bukti sahih penyerahan loceng ini kepada pihak sekolah untuk disimpan

Sungguhpun begitu pada tahun 2007, loceng ini diserahkan juga kepada TLDM setelah diminta oleh Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda pada ketika itu baru sahaja menemui bendera asal yang digunakan oleh HMS Malaya ketika ianya masih berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain. Bendera ini dihadiahkan baginda kepada Muzium TLDM. Pada hemat baginda adalah baik sekiranya bendera dan loceng HMS Malaya dapat disatukan semula selepas puluhan tahun dipisahkan. 

Dari kajian kami loceng asal HMS Malaya dan bendera Negeri Negeri Melayu Bersekutu yang dikibarkannya kini boleh dilihat di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia yang terletak di Melaka. Ada pembaca boleh confirm kan?

Sumber asal :

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1031320676908455&id=223461101027754

-Senorita 🌹

Di petik dari :-

https://www.facebook.com/groups/1975693915798937/permalink/3905938089441167

Nota Tambahan :-

Dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia, mereka (Pihak British) tidak pernah mempunyai kapal perang utama (Battleship). Ini adalah kerana selepas Perang Dunia Kedua penggunaan kapal perang utama sudah ketinggalan zaman. Kapal Perang Utama seperti Yamato, Bismarck, Arizona dan Prince Of Wales kesemuanya musnah akibat penggunaan kapal terbang pengebom dan torpedo. Pasca Perang Dunia Kedua, kapal perang pengangkut kapal terbang mengambil alih tugas kapal perang utama sebagai kapal paling berprestij.

Sungguhpun Malaysia tidak pernah mempunyai kapal perang utama, kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) bersetuju membina sebuah kapal perang utama yang kemudian dihadiahkan kepada kerajaan Britain. HMS Malaya dilancarkan pada tahun 1915 dan mula beroperasi pada tahun 1916. Kapal perang dari kelas Queen Elizabeth ini dibina dengan kos £2,945,709 (25 000 000 Dolar Negara Selat) di limbungan kapal milik Armstrong-Whitworth's di Walker-on-Tyne Newcastle England. Pemberian kapal perang ini kepada Britain adalah buah fikiran Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Azam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan disokong oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. Ianya dicadangkan Almarhum Sultan ketika Majlis Raja-raja 1912 sebagai tanda sokongan Negeri-negeri Melayu Bersekutu kepada Empayar Britain. Pada tahun 1921 HMS Malaya melakukan lawatan ke Tanah Melayu dan berhenti di  Port Swettenham, Singapura, Melaka, Port Dickson and Pulau Pinang. HMS Malaya melakukan majoriti operasi ketenteraannya di lautan Mediterranean dan kepulauan Britain.

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

23 MEI 1950 : Upacara Penyerahan Loceng Kapal H.M.S. Malaya

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/23-mei-1950.html

09th SEPTEMBER 2022 END OF AN ERA OF GREAT BRITAIN & THE EMPIRE

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/09th-september-2022-end-of-era-of-great.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...