Gambar : Developing Your Engineering Background
Saya jenis yang tak suka bagi harapan palsu, saya terus terang je.
Contoh macam budak-budak sekolah atau Universiti tanya saya...
"Jadi Engineer best ke abang?"
Saya cakap terus terang tak best, gaji kecik, kerja teruk sampai malam, lepas itu kena maki hamun kalau buat kesilapan teknikal.
Kerja engineer ini, kena betul-betul ada minat, kena ada target nak dapatkan knowledge dan experience.
Kalau setakat nak gaji besar, kerja best, better jangan kerja engineer, buatlah kerja lain, berniaga ke.
Haaa, saya macam itu terus terang, tak nak bagi harapan palsu.
Biasa kita tengok cikgu-cikgu di sekolah, pensyarah-pensyarah di Universiti atau sesetengah orang banyak bagi harapan palsu pada budak-budak yang masih mentah dengan realiti dunia pekerjaan
Cakap engineer kerja best, gaji besar, pakai BMW
Yup, memang betul engineer baru kerja boleh terus pakai BMW, tapi BMW yang tahun 60an itulah, yang side mirror di bonet depan itu 🤣
Hakikatnya, mostly engineer yang dah 10 tahun kerja, gaji masih RM5,000 macam itu.
Yup betul, ada je engineer yang gaji besar, contoh yang kerja dalam Oil & Gas, tapi percayalah cakap saya, berapa kerat sahaja yang gaji besar itu?
Itupun ada kabel, dan ada nak macam-macam kompetensi, pengalaman, sijil itu, sijil ini.
Dan sekarang pun kita tahu Oil & Gas tengah teruk, ramai kawan-kawan saya yang kena buang kerja dari syarikat Oil & Gas.
Simple, jenis saya, kalau orang tanya, saya memang akan cakap apa yang saya nampak dan alami.
Belajar tinggi-tinggi semata-mata nak kejar gaji besar? Lupakan...
Kelak akan kecewa bila dah tamat belajar nanti.
Betulkanlah niat tu ye, belajar sebab ilmu yang boleh beri manfaat pada orang lain.
Sekian..
Nazmi Ismail - Jurutera, Pengajar, Penulis
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3559789440826605&id=100003867516419
Sumber Gambar : https://www.wikihow.com/Become-an-Engineer
No comments:
Post a Comment