Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 31 March 2021

Marhum Masjid Kota Lama Kanan

SULTAN PERAK KE 2 TELAH "MANGKAT GHAIB" DAN TIDAK BERMAKAM


Gambar 1 : Makam Sultan Mansur Syah 1

Sultan Mansur Syah I adalah Sultan Perak ke 2, baginda memerintah dari tahun 1549 sehingga 1577. Kisahnya berlaku di hari Jumaat ketika baginda sultan sedang beriktikaf menunggu khutbah Jumaat dan secara tiba-tiba baginda sultan telah ghaib di dalam masjid Kota Lama Kanan, kelibat tuanku sultan sudah tidak kelihatan.

Suasana dalam masjid menjadi gempar dan kelam kabut, puaslah rakyat berdoa meminta petunjuk kepada Allah dan mencari di sekeliling masjid dan sehingga ke setiap pelusuk negeri Perak, tetapi Tuanku Sultan tetap tidak ditemui.

Ada cerita yang mengatakan bahawa para jemaah masjid telah dipukau dan baginda sultan telah diculik lalu dibawa keluar dari masjid dan dilarikan entah ke mana. Ada juga cerita yang mengatakan bahawa baginda telah "dijemput" dan 'diambil' dan dijaga oleh orang bunian atau jin islam, memandangkan kisah sejarah kesultanan Negeri Perak ini dikaitkan dengan makhluk jin islam dan alam ghaib, ALLAHUALAM.

Pada hari Jumaat di dalam Masjid Kota Lama Kanan, buat kali terakhirnya Baginda Sultan Mansur Syah I kelihatan di depan mata rakyat jelata dan disinilah juga baginda GHAIB selamanya, jasad baginda tidak ditemui lalu diisytiharkan mangkat tapi tidak bermakam, akhirnya baginda digelar "Marhum Masjid Kota Lama Kanan".

Sebagai memperingati Almarhum Sultan Perak ke 2 yang "Mangkat Ghaib" di dalam Masjid maka dipacaklah sebuah rekaan dari batu yang berbentuk seakan batu nisan di dalam Masjid Kota Lama Kanan, tetapi batu itu bukanlah batu nisan tetapi ia adalah batu ingatan kepada baginda yang tidak bermakam.

Walaupun Sultan Mansur Syah I "Mangkat Ghaib Tidak Bermakam", tetapi mengikut adat di-Raja turun-temurun kesultanan Perak, setiap bakal Sultan Perak yang akan ditabal mejadi Sultan Perak itu DI MESTIKAN untuk menziarahi batu peringatan Sultan Mansur Syah I yang terletak di dalam Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar , Perak. Al Fatihah (dengan bacaan)


Gambar 2: Sultan Nazrin Syah menziarahi Batu Peringatan Sultan Mansur Syah 1



🔴 MENJEJAK SULTAN PERAK YANG HILANG | PERAK


Deskripsi daripada Studions Production :

Kisah Sultan Perak ke 2 yang hilang ketika solat Jumaat yang berlaku pada 1577 adalah sesuatu yang sangat misteri. Sehingga kini jejak baginda sultan tidak dapat di rungkai dan rakyat Perak telah anggap baginda telah mangkat. Namun kemangkatan baginda tidak berjasad dan tidak bernisan namun telah dibina batu peringatan. Insyaallah saya dan pn.Ita akan merungkai kisah ini yang telah berlaku ratusan tahun dahulu. Apakah sebenarnya yang terjadi?Nantikan penerangan video pada hari ini. Sumber: Sejarah dan batin. _________________________ ✅ "JOIN" ahli member Explorasi Misteri Mistik: https://www.youtube.com/channel/UC-ir... __________________________ #ExplorasiMisteriMistik #SultanPerakYangHilang

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...