Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 1 April 2021

TNB rugi RM9 juta, lombong Bitcoin curi elektrik

 

ABDUL MAJID Mohd. Ali (dua dari kiri) ditunjukkan mesin Bitcoin yang dirampas dalam operasi IPD Alor Gajah dan IPK Melaka - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA: Enam suspek termasuk dua beradik ditahan selepas dipercayai mencuri elektrik bagi kegiatan sindiket melombong Bitcoin sehingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menanggung kerugian sebanyak RM9 juta, sejak dua tahun lalu.

Kesemua suspek berusia antara 29 tahun hingga 39 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan masing-masing di Alor Gajah, Merlimau, Jasin dan Puchong, Selangor antara pukul 12 tengah hari pada 16 Mac sehingga 3.30 pagi keesokkannya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, hasil risikan, serbuan pertama dibuat sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sebuah premis di Taman Sungai Petai Bahagia.

Pasukan BSJ menahan tiga lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia yang sedang memunggah mesin-mesin Bitcoin masuk ke dalam sebuah kenderaan.

Susulan tangkapan itu, kita menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Merlimau dan adiknya 30 tahun di Puchong yang bertindak sebagai pengurus serta akauntan bagi sindiket ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/tnb-rugi-rm9-juta-lombong-bitcoin-curi-elektrik/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...