Gambar : Building 92 at Microsoft Corporation headquarters in Redmond, Washington. Photographed by user Coolcaesar on 30 May 2016
Hari ini 46 tahun yang lalu, Microsoft diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen.
Pada asalnya ia dipanggil Micro-Soft - gabungan perkataan ‘microprocessor’ dan ‘software’ - sebagai perisian untuk komputer peribadi terawal yang dimiliki mereka, Altair 8800.
Allen berhenti daripada kerja sebagai programmer di Boston, sementara Gates keluar daripada pengajiannya di Harvard untuk sama-sama memberi tumpuan kepada syarikat baharu mereka ini yang berpengkalan di Albuquerque, New Mexico.
Tiga tahun selepas penubuhannya, jualan Microsoft menjangkau lebih $1 juta, sebelum berpindah ke Washington pada 1979 dan terus berkembang menjadi syarikat teknologi multinasional terbesar dunia.
Microsoft melesenkan sistem operasinya, MS-DOS kepada IBM untuk komputer peribadi pertama syarikat itu yang dilancarkan pada 1981. Dua tahun kemudian, Allen meninggalkan Microsoft selepas didiagnos menghidap penyakit Hodgkin’s lymphoma.
Pada 1985, Windows dilancarkan, sekaligus melonjakkan Microsoft menjadi syarikat perisian komputer peribadi terbesar dunia berdasarkan jualan. Tiga tahun kemudian, Bill Gates menjadi bilionair termuda dunia pada usia 31 tahun.
Memasuki era 90-an ketika semakin banyak rumah dan pejabat memiliki komputer, Windows 95 dilancarkan pada 1995. Pada tahun sama Internet mula dipakai oleh khalayak, dan Microsoft memperkenalkan Internet Explorer.
Sumber: History https://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft
#PeristiwaHariIni
No comments:
Post a Comment