Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 24 April 2021

Adakah kita mempunyai pilihan?

MALAKAT MALL

KAMI DAH PANGGIL USAHAWAN MELAYU TAPI TAK ADA YANG TAMPIL

Oleh: Abd. Halim Hadi. Malakat Tribune

CYBERJAYA – Isu Malakat Mall membeli barang-barang dari pemborong berbangsa Cina tidak sepatutnya ‘diperdebatkan’ jika umat Islam betul-betul memahami konsep Buy Muslim First (BMF).

Pengasas pusat beli-belah itu, Mohd. Fadzil Hashim berkata, isu yang sama sudah berkali-kali timbul sebelum ini kerana ramai tidak memahami asas perjuangan dan cara perniagaan Malakat Mall.

Beliau berkata, apabila mendengar slogan kami ‘Beli Sama-Sama kita, Jual Sama-Sama Kita’ atau Malakat Mall milik orang Islam, ramai beranggapan ia sepatutnya ‘bebas’ daripada penglibatan orang bukan Islam.

Sedangkan katanya, urusan perniagaan tidak semudah disangkakan dan prinsip BMF juga tidak secetek itu, terutama dalam keadaan penguasaan pembekalan produk yang masih dikuasai oleh orang bukan Islam.

Mohd. Fadzil berkata, untuk memahami perkara itu umat Islam perlu sedar bahawa perjuangan BMF adalah ultimate goal (kemuncak/tujuan) namun bukannya muktamad.

Contoh paling mudah yang kita boleh ambil adalah pembekalan ikan yang dikuasai orang Cina.

Walaupun kebanyakan nelayan berbangsa Melayu, kita masih tidak dapat beli (borong) daripada mereka kecuali dalam jumlah yang sikit.

Ini berlaku sebab mereka sudah sign kontrak dengan pemborong-pemborong besar dan di mana kita dalam rantaian ini. Adakah kita mempunyai pilihan?,” soalnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan di laman Facebooknya yang mengkritik tindakan beliau selepas memuat naik gambar bersama wakil pemilik perniagaan dari GM Plaza yang melawat Malakat Mall, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Fadzil berkata, kunjungan itu adalah rentetan daripada usaha Malakat Mall mendapatkan pembekalan beberapa kategori barang dari peniaga di GM Plaza.

Kami akan buka tiga lagi kedai di sini iaitu kedai kelengkapan perkahwinan, kedai peralatan mainan dan peralatan parti/acara.

Semasa di GM Plaza kami diperkenalkan dengan tauke-tauke yang sudah lama berniaga dan mereka sedia bantu kami untuk setup di Malakat Mall.

Gambar semalam adalah kunjungan tapak untuk mereka lihat apa yang kami perlukan.

Alhamdulillah mereka kagum dan tidak pernah tahu orang Islam ada mall,” katanya.

Mengenai dakwaan Malakat Mall tidak mengutamakan pengimport Islam, Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pihaknya sudah membuka peluang itu namun tidak mendapat sambutan.

Kami sudah panggil usahawan tempatan berniaga tapi yang datangnya sikit, tapi kita sebagai mall perlukan lebih banyak kedai dan produk untuk memenuhi rak.

Jadi kami ambil tanggungjawab bila tak ada (pembekal Islam), kami akan buat dulu. Kalau tidak, kedai kami kosonglah,” katanya.

Jelasnya, beliau sendiri mempunyai pejabat dan kakitangan di salah satu kawasan pemborongan terbesar di China iaitu Yiwu.

Sebab itu dalam sesetengah urusan perniagaan, kita tidak ada pilihan, terpaksa ambil daripada bukan Islam juga.

Itu belum lagi perkara-perkara berkaitan import yang perlu diambil kira seperti MOQ (kuantiti tempahan minimum) dan sebagainya,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu Coach Fadzil berkata, beliau bagaimanapun tidak pernah ‘terasa’ terhadap komen dan kritikan sebaliknya mengharapkan umat Islam lebih memahami konsep BMF.

Sebab itu kita kata Buy Muslim First bukan Buy Only From Muslim. Perjuangan ini adalah untuk bantu bangsa kita, bukan untuk benci bangsa lain,” katanya.

Katanya, usaha membina ekosistem ekonomi Islam yang dilakukan oleh Malakat Mall adalah salah satu daripada jalan Rasulullah cuba diikuti.

Sebab itu dalam apa-apa perkara kita kena ikut Rasulullah. Bukannya ikut rasa hati.

Kalau ikut hati, saya pun tak mahu buat apa yang saya buat sekarang, buat penat sahaja,” selorohnya.

https://www.facebook.com/100024061211711/posts/945125232966175/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...