Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 14 April 2021

Polis rampas 264 mesin Bitcoin bernilai lebih setengah juta

Arkib : 19 Mac 2021

 

Gambar : ANGGOTA polis dibantu petugas TNB merampas mesin yang digunakan untuk melombong mata wang digital, Bitcoin dalam serbuan yang dijalankan dia tiga buah premis di Jalan Seremban 3, Seremban, malam tadi.

SEREMBAN: Sebanyak 264 mesin bagi aktiviti melombong mata wang digital, Bitcoin dengan nilai anggaran sebanyak lebih setengah juta dirampas polis dalam tiga serbuan di sekitar Jalan Seremban 3, dekat sini malam tadi.

Rampasan tersebut adalah yang terbesar dilakukan polis Negeri Sembilan tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, operasi tersebut diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risik/Operasi) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam bersama 15 anggota polis dan petugas Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Menurut beliau, polis dengan kerjasama TNB menyerbu ketiga-tiga premis rumah kedai berkenaan bermula pukul 7 petang.

Hasil serbuan, di premis pertama kami merampas 82 unit mesin perlombongan Bitcoin, serbuan kedua kita rampas 102 mesin manakala ketiga sebanyak 80 mesin.

Selain itu, kami melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perlombongan Bitcoin ini,” katanya kepada pemberita..

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan manakala bagi pihak TNB, tindakan diambil mengikut Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Tambah Mohd. Said, nilai kerugian elektrik yang dikesan untuk tiga premis itu adalah sebanyak RM105,000 sebulan.

“Setelah kami berhubung dengan pihak TNB, satu yg pasti ia adalah melibatkan kecurian tenaga elektrik di dalam jumlah yang besar, kita terpaksa ambil tindakan.

Lelaki yang ditangkap tersebut saya percaya penjaga kepada premis ini dan adakah penglibatan ketiga-tiga premis ini dibawah individu yang sama masih lagi dalam siasatan. Ketiga-tiga premis telah beroperasi di antara enam ke tujuh bulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...