Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 7 April 2021

SC siasat sindiket tipu RM7 juta duit pelabur


Suruhanjaya Sekuriti memfailkan saman terhadap RBTR dan lima defendan tersebut, selain membatalkan lesen mereka. - GAMBAR HIASAN

  • Oleh KU SYAFIQ KU FOZI
  • 1 April 2021, 10:21 am

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang menyiasat sindiket yang disyaki menjadi dalang skim pelaburan tidak berlesen, termasuk dua skim firma klon.

Menurut SC, sindiket tersebut telah menipu ratusan pelabur dengan jumlah lebih RM7 juta dalam aktiviti pelaburan tidak berlesen yang dijalankan.

Sehubungan itu, suruhanjaya itu telah menyerbu beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan merampas rekod serta peranti yang digunakan oleh sindiket tersebut selepas menerima aduan dan maklumat daripada orang ramai.

“SC turut merampas pelayan (server) yang digunakan sindiket itu dalam menjalankan skim penipuan.

“Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Menurut SC, siasatan awal mendapati sindiket tersebut telah menjalankan sekurang-kurangnya lima skim pelaburan tidak berlesen sejak 2016.

Oleh itu, suruhanjaya itu meminta orang ramai yang telah berurusan dengan skim-skim tidak berlesen itu atau dengan wakilnya untuk tampil memberikan maklumat yang berkaitan kepada pihaknya.

SC boleh dihubungi melalui telefon pada nombor 012-6113519 atau e-mel aduan@seccom.com.my.

LIMA skim pelaburan tidak berlesen yang dikenal pasti SC

Amal Trust (juga dikenali sebagai Wakala Ventures atau AML Global)
Nombor pendaftaran syarikat: 002848059-U
URL: https://amal-trust.com/ (disekat)

Asia Equity Ventures
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002576131-V
URL: Tidak dapat diakses lagi sejak 2018

Perniagaan Global Ekuiti
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002697965-K
URL: Tidak mempunyai laman web

Lindale Ventures
Nombor Pendaftaran Syarikat: 003041846-U
URL: http://www.lindale-ventures.com/ (disekat)

Waheed Ventures (juga dikenali sebagai Waheed Trading atau Wadeed Global Ventures)
Nombor Pendaftaran Syarikat: 003089431-V
URL: https://waheed-ventures.com/ (disekat)

– UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/sc-siasat-sindiket-tipu-rm7-juta-duit-pelabur/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...