Azad Jasmi 9 Apr 2021
Gambaran Suasana Solat Jumaat Yang Dikerjakan Di Masjid
————————————
Saya sendiri sering ingin tahu tentang sejarah tentang solat Jumaat. Info ini saya terjumpa dan ingin kongsikan bersama-sama.
Semoga ada manfaat bersama insya Allah. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya. Ampun dan maaf.
1. Hari jumaat selalu dikaitkan dengan Solat Jumaat, dan saya tertanya tanya bagaimana dan di mana wahyu mengenai solat jumaat pertama diturunkan.
2. Diberi nama hari Jumaat kerana orang ramai berhimpun pada hari itu untuk mengerjakan Ibadah pada hari Jumaat.
3. Hari Jumaat juga merupakan hari raya mingguan umat Islam yang datang secara berulang setiap minggu. Rasulullah S.A.W. memerintahkan supaya menghadiri dua khutbah dan mengikuti solat Jumaat, serta mengingatkan umatnya daripada memandang rendah akan masalah ini.
4. Untuk itu, Baginda menjelaskan bahawa meninggalkan solat Jumaat mengakibatkan seseorang terhina dan hatinya dikunci mati oleh Allah SWT.
Dalilnya:
Daripada Ibn ‘Umar dan Abu Hurairah (r.anhuma), bahawa mereka berdua pernah mendengar Rasulullah S.A.W. berkhutbah diatas mimbar:
“Hendaklah setiap kamu benar-benar menghentikan kebiasaan mereka meninggalkan solat Jumaat atau Allah benar-benar akan mengunci mati hati mereka, kemudian mereka benar-benar termasuk orang yang lalai.”
5. Dalil pensyariatannya berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9, maksudnya:
“ Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.”
6 Solat Jumaat difardukan di Mekah, tetapi masih belum dilaksanakan kecuali setelah Nabi S.A.W. berada di Madinah memandangkan saat itu kaum Muslimin masih belum memiliki kekuatan.
6. Dalil daripada ayat al-Qur’an ini dikuatkan lagi dengan beberapa hadis, antaranya:
Daripada Abu Hurairah ( r.a ), bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Kita adalah umat yang terakhir, tetapi pada hari Kiamat nanti, kita akan menjadi umat pertama yang akan dihisab, perbezaannya hanyalah mereka diberi Kitab (Taurat dan Injil) sebelum kita dan kita menerimanya sesudah mereka. Kemudian hari ini merupakan hari yang diwajibkan melaksanakan ibadah kepada mereka, tetapi mereka berselisih pendapat, sedangkan kita diberi petunjuk oleh Allah untuk mengetahui dan memuliakan hari seperti ini. Oleh itu, orang-orang sebelum kita menjadi pengikut kepada kita. Jadi, orang-orang Yahudi melaksanakan ibadahnya pada hari esok (Sabtu), sementara orang-orang Nasrani pada hari lusa (Ahad).”
7. Daripada Thariq bin Syihab (r.a), daripada Nabi S.A.W. :
“(Sembahyang) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”
8. Dari Ibn Mas’ud (r.a), bahawa Nabi S.A.W. memberi peringatan kepada orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat dengan bersabda:
“Sebenarnya, aku berniat hendak menyuruh seseorang menjadi imam kaum muslimin agar mereka mengerjakan solat secara berjemaah, lalu aku pergi membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat itu.”
9. Imam Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa hari Jumaat adalah hari yang agung. Inilah hari yang Allah agungkan Islam di dalamnya, dan dikhususkan bagi kaum Muslim.”
10. Terdapat hadis yang menyebut, “Sebaik-baiknya hari, adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaatlah Nabi Adam diciptakan; pada hari Jumaatlah Nabi Adam diturunkan ke muka bumi; pada hari Jumaatlah Nabi Adam bertaubat atas kesalahannya; pada hari Jumaatlah Nabi Adam meninggal dunia; pada hari Jumaatlah terjadi kiamat.” Di sisi Allah, hari Jumaat adalah hari anugerah. Demikian para malaikat menamakannya di langit. Dan, hari Jumaat jugalah hari di mana makhluk dapat melihat Allah s.w.t. di syurga.
11.Adapun solat Jumaat yang pertama kali dilakukan Nabi s.a.w. bersama para sahabatnya adalah yang baginda lakukan di tempat Salim bin ‘Auf pada di sebuah parit besar. Mereka menjadikan tempat itu sebagai masjid. Rasulullah s.a.w. berkhutbah di hadapan mereka dan mengerjakan solat bersama-sama mereka.
12. Di dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. disebutkan tatkala Rasulullah s.a.w. hijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, baginda berhenti di Kuba, suatu desa yang dinamai sesuai dengan nama kolam yang terdapat di desa itu, iaitu Kolam Kuba. Desa itu jaraknya agak jauh dari kota Madinah. Di desa tersebut terdapat sebuah masjid yang bernama Masjid at-Taqwa, yang merupakan kediaman ‘Amar bin ‘Auf, salah seorang dari kalangan Anshar. Rasulullah s.a.w. tinggal di rumah tersebut selama empat hari, di mana hari terakhirnya adalah hari Khamis. Keesokkannya, hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. bermaksud berangkat menuju Madinah, namun baginda terhalang oleh datangnya waktu zuhur. Ketika itu, baginda hendak keluar dari rumah Salim bin ‘Amar bin ‘Auf. Maka Rasulullah s.a.w. bersama orang-orang yang menyertainya pun mengerjakan solat Jumaat. Itulah solat Jumaat pertama di dalam Islam. Solat tersebut dilakukan di sebuah parit yang bernama Parit Ramuna.
Semoga anda kebaikan hasil perkongsian ini dan jika terdapat sebarang kesalahan info, sila tegur dan betulkan demi kebaikan bersama insyaAllah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Keutamaan Solat Jumaat
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hukum Solat Jumaat
Solat Jumaat hukumnya wajib berdasarkan dalil dari al-Qur’an, as-Sunnah, dan ijma’ (kesepakatan) ulama.
Adapun dalil dari al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa ta’ala,
يَآاَيُّهَاالَّذِيْنَ ءٰمَنُوْآإِذَانُوْدِيَ لِلصَّلٰوةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا اِلٰى ذِكْرِ اللهِ وَذَرُواالْبَيْعَ ۗ
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (al-Jumu’ah: 9)
Allah Subhanahu wa ta’ala memerintahkan bergegas/bersegera, sedangkan yang dituntut oleh perintah adalah perkara wajib. Sebab, (tentu) tidaklah sesuatu diharuskan bergegas selain untuk perkara yang wajib. Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa ta’ala juga melarang berjual beli ketika azan Jumaat telah dikumandangkan agar seseorang tidak disibukkan selain dari menunaikan solat Jumaat. Andaikata solat jumaat tidak wajib, tentu Allah Subhanahu wa ta’ala tidak melarang jual beli ketika itu. [ al-Mughni 3/158, Ibnu Qudamah al-Maqdisi]
Adapun dalil dari as-Sunnah, adalah hadith yang secara tegas menunjukkan wajibnya solat jumaat, iaitu hadith Thariq bin Syihab dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِ أَرْبَعَةً: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ
“Solat jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan berjemaah, selain atas empat (golongan): budak sahaya, wanita, anak kecil, atau orang yang sakit.” [Riwayat Abu Daud dalam as-Sunan no. 1067. An-Nawawi rahimahullah menyatakannya sahih dalam al-Majmu’ 4/349, demikian pula al-Albani dalam Sahih al-Jami’ no. 3111]
Adapun ijma’ ulama, Ibnu Munzir rahimahullah menukil adanya ijma’ tentang wajibnya solat jumaat dalam dua kitab beliau, yaitu al-Ijma’ dan al-Isyraf [an-Nawawi dalam al-Majmu’ SyarhulMuhadzab (4/349)]
Keutamaan Solat Jumaat
Anugerah Allah Subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya sangat banyak dan tidak terhingga. Di antara anugerah tersebut adalah solat jumaat yang dikerjakan oleh hamba.
Di samping mendatangkan pahala, solat jumaat juga menjadi pembersih dosa antara Jum’at tersebut dan Jum’at berikutnya, sebagaimana hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda,
مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلَاثَةٍ أَيَّامٍ
“Barangsiapa mandi kemudian mendatangi solat jumaat lalu solat (sunnah) yang ditakdirkan (dimudahkan) Allah Subhanahu wa ta’ala baginya, serta diam sampai (imam) selesai dari khutbahnya dan solat bersamanya, diampuni baginya antara Jumaat itu hingga Jumaat berikutnya, ditambah tiga hari.” [Sahih Muslim, Kitabul Jum’ah]
Ancaman bagi Orang yang Meninggalkan Solat Jumaat
Melaksanakan solat jumaat adalah syiar orang-orang soleh, sedangkan meninggalkannya adalah pertanda kefasikan dan kemunafikan yang mengantarkan pada kebinasaan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتَمِنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِنَ الْغَافِلِيْنَ
“Hendaknya orang-orang berhenti meninggalkan solat jumaat atau (kalau tidak) Allah Subhanahu wa ta’ala akan menutup hati-hati mereka, kemudian tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lalai.” [Riwayat Muslim dalam Sahih-nya, “Kitabul Jumu’ah”, dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah radiyallahu ‘anhuma]
Apabila seseorang ditutup hatinya, dia akan lalai melakukan amalan yang bermanfaat dan lalai meninggalkan hal yang memudaratkan (membahayakan).
Hadith ini termasuk ancaman yang keras terhadap orang yang meninggalkan dan meremehkan solat jumaat Juga menunjukkan bahwa meninggalkannya adalah faktor utama seseorang akan diabaikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. [ Subulus Salam2/45]
Ancaman tersebut terarah kepada yang meninggalkan solat jumaat tanpa uzur. Al-Imam ath-Thabarani rahimahullah meriwayatkandalam al-Mu’jam al-Kabir dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa meninggalkan 3 Jum’atan tanpa uzur, dia ditulis sebagai golongan munafikin.” [Sahih at-Targhib no. 728
Atas Siapa Solat Jumaat Diwajibkan?
solat jumaat wajib atas golongan berikut :
1. Seorang muslim yang sudah baligh dan berakal
Dengan demikian, orang kafir tidak wajib solat jumaat bahkan jika mengerjakannya tidak dianggap sah. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,
وَمَا مَنَعَهُمْ اَنْ تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقَاتُهُمْ اِلَّآ اَنَّهُمْ كَفَرُوْابِااللهِ وَبِرَسُوْلِهِ
“Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan RasulNya.” (at-Taubah: 54)
Apabila Allah Subhanahu wa ta’ala tidak menerima infak orang kafir padahal manfaatnya sangat luas, tentu ibadah yang manfaatnya terbatas (untuk pelaku) lebih tidak terima. ( asy-Syarhul Mumti’ 5/10)
Adapun anak kecil yang belum baligh tidak wajib solat jumaat kerana belum dibebani syariat. Meskipun demikian, anak lelaki yang sudah mumayyiz (biasanya berusia tujuh tahun keatas), dianjurkan kepada walinya agar memerintahnya menghadiri solat jumaat . Hal ini berdasarkan keumuman sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
مُرُوْا الصَّبِيَّ بِالصَّ ةَالِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِيْنَ
“Perintahkan anak kecil untuk mengerjakan solat apabila sudah berumur tujuh tahun.” (Riwayat Abu Daud dari Sabrah radhiyallahu ‘anhu. )
Sementara itu, orang yang tidak berakal (gila) secara total berarti dia bukan orang yang diarahkan kepadanya perintah syariat atau larangannya. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِم حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ الْمَعْتُوْهِ حَتَّى يَعْقِلَ
“Pena terangkat dari tiga golongan : dari orang yang tidur sampai dia bangun, dari anak kecil sampai dia dewasa, dan dari orang gila sampai dia (kembali) berakal (waras).” (Sahih Sunan at-Tirmidzi no. 1423)
Yang dimaksud dengan “pena terangkat” adalah tidak adanya beban syariat.
2. Lelaki
Selain dari itu, tidak wajib solat jumaat atas perempuan, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ اِ أَرْبَعَةً: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ
“Solat jumaat adalah hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim secara berjemaah, kecuali empat orang: budak sahaya (hamba), wanita, anak kecil, atau orang yang sakit.” (Riwayat Abu Dawud dalam Sunan-nya no. 1067 dan dinyatakan sahih oleh an-Nawawi rahimahullah dalam al-Majmu’ dan al-Albani rahimahullah dalam al-Irwa’ No. 592)
Seseorang yang khunsa/ dua jantina(ambiguousgenitalia, keraguan alat kelamin, -red.) tidak wajib solat jumaat karena tidak terwujudnya persyaratan pada dirinya. Orang yang seperti itu tidak diketahui adakah dia lelaki atau perempuan, padahal hukum asalnya seorang itu terbebas dari tanggungan/kewajiban hingga yakin (adanya) pensyaratan yang menjadikan ia diwajibkan. Sementara itu, di sini belum terbukti adanya pensyaratan tersebut. [asy-Syarhul Mumti’ 5/7]
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Teman-teman kami (ulama mazhab Syafi’i) telah berkata, ‘Tidak wajib solat jumaat bagi orang yang berkelamin dua (khunsa/ dua jantina) karena masih adanya keraguan tentang (syarat) wajibnya’.” [al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 4/350]
3. Orang yang merdeka, iaitu yang bukan hamba sahaya
Dalam masalah ini, ulama berbeza pendapat. Jumhur (Majoriti) ulama mengatakan bahawa hamba tidak wajib solat jumaat berdasarkan hadith yang telah disebutkan pada poin kedua. Ini kerana manfaat diri seorang hamba dimiliki oleh tuannya sehingga ia tidak mampu bebas berleluasa. [ al-Majmu’ 4/351, an-Nawawi rahimahullah, dan al-Mughni 3/214, Ibnu Qudamah]
Namun, sebagian ulama berpendapat, apabila tuannya mengizinkannya untuk solat jumaat dia wajib menghadiri solat jumaat kerana sudah tidak ada uzur dan halangan lagi baginya. Pendapat ini yang dirajihkan (dikuatkan) oleh asy-Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin (asy-Syarhul Mumti’ 5/9).
4. Orang yang menetap dan bukan musafir (orang yang sedang bermusafir)
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa musafir tidak wajib solat jumaat Di antara ulama tersebut adalah al-Imam Malik, ats-Thauri, asy-Syafi’i, Ahmad, Ishaq, dan Abu Thaur.
Di antara hujah mereka, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dahulu melakukan safar/ bermusafir dan beliau tidak solat jumaat dalam safarnya. Ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menunaikan haji wada’ di Padang Arafah (wukuf) pada hari Jumaat, beliau solat Zohor dan Asar dengan menjamak keduanya dan tidak solat jumaat Demikian pula para al-Khulafa’ ar-Rasyidin. Mereka safar untuk haji dan selainnya, dan tidak ada seorang pun dari mereka yang solat jumaat ketika bepergian. Demikian pula para sahabat Nabi selain al-Khulafa’ ar-Rasyidin radhiyallahu ‘anhum dan yang setelah mereka.” [al-Mughni 3/216, Ibnu Qudamah al-Maqdisi)
Di antara dalil yang paling jelas tentang tidak wajibnya solat jumaat atas musafir adalah hadith Jabir radhiyallahu ‘anhu yang menyebutkan solat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam di Padang Arafah di hari Jumaat. Jabir radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kemudian (muazin) mengumandangkan azan lalu iqamah, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam solat Zohor. Kemudian (muazin) iqamah, lalu solat Asar.” [Sahih Muslim, “Kitabul Hajj” no. 1218]
Adapun tentang musafir yang singgah atau menetap bersama orang-orang mukim beberapa ketika, sebahagian ulama berpendapat disyariatkannya solat jumaat atas mereka karena mereka mengikuti orang-orang yang mukim.
Di antara hujahnya, dahulu para sahabat yang menemui Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggal di Madinah beberapa hari yang tampak, mereka solat jumaat bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. [Asy-Syarhul Mumti’ 5/15]
Ulama juga mensyaratkan diwajibkannya solat jumaat atas seseorang yakni dia tinggal dan menetap di mana pun mereka menetap dan dari apa pun rumah mereka terbuat. Berbeza halnya dengan orang-orang Arab badui yang senantiasa berpindah-pindah tempat untuk mencari dahan yang banyak rumput dan airnya. Orang yang seperti ini tidak wajib solat jumaat. [Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah 24/166-167]
Karena tinggal menetap di suatu tempat adalah syarat wajibnya solat jumaat orang-orang yang bekerja di tengah laut seperti nakhoda, anak buah kapal, dan para musafirin yang ada di atas kapal tidak wajib solat jumaat. Bahkan, sebagian ulama mengatakan tidak sah jika mereka melakukan solat jumaat, sebagaimana pendapat asy-Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin. Ini kerana, menurut petunjuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, solat jumaat itu tidak dilakukan selain di kota dan desa yang memang menjadi tempat menetap. Adapun orang yang sedang berlayar, mereka tidak menetap dan berpindah-pindah. Jadi, yang wajib atas mereka adalah solat Zohor. [ Fatawa Arkanil Islam karya asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin hlm. 391]
5. Orang yang tidak ada uzur/halangan yang mencegahnya untuk menghadiri solat jumaat
Orang yang memiliki keuzuran, ada keringanan tidak menghadiri solat jumaat dan menggantinya dengan solat zohor.
Al-Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah menerangkan, “(Kata) uzur sangat luas maksudnya. Intinya adalah segala halangan yang mencegah seseorang menghadiri pelaksanaan solat jumaat Boleh jadi, hal itu berupa sesuatu yang mengganggunya, misalnya ada kezaliman yang dikhawatirkannya, atau boleh jadi menggugurkan suatu kewajiban yang tidak ada seorang pun yang mampu menggantikannya. Di antara uzur tersebut adalah (takut dari) penguasa zalim yang akan membuat kezaliman, hujan deras yang terus-menerus terlalu lebat, sakit yang mencegahnya, dan semisalnya. Termasuk uzur juga adalah seseorang yang mengurusi jenazah yang tidak ada yang mengurusinya selain dia, yang apabila dia tinggalkan, jenazah itu akan terabai dan rosak. [at-Tamhid 16/243-244]
6. Orang yang sakit
Dalilnya telah berlalu pada pembahasan orang yang tidak wajib solat jumaat.
Yang dimaksud sakit yang diberi keringanan di sini adalah apabila si sakit menghadiri solat jumaat dia akan menemui kesulitan yang nyata, bukan sekadar perkiraan atau syak wasangka.[al-Majmu’, an- Nawawi, 4/352]
Di antara uzur yang membolehkan meninggalkan solat jumaat dan menggantinya dengan solat Zohor adalah seorang yang diberi tanggungjawab atas sebuah tugas yang berkaitan dengan keamanan umat dan kemaslahatannya. Dia dituntut untuk melaksanakan tugas tersebut di waktu solat jumaat seperti penjagakeamanan, petugas pengatur lalu lintas, dan petugas operator telekomunikasi dan yang seumpama dengannya.
Demikian pula dokter pakar di hospital atau klinik kesihatan, yang jika ia meninggalkan tugasnya untuk solat jumaat akan memberikan kesan dan mudharat kepada pesakit. [Fatawa al-Lajnah ad-Daimah, 8/189-192]
Khutbah, Syarat Sahnya Solat Jumaat?
Untuk sahnya solat jumaat haruslah didahului oleh khutbah. Hal ini karena tidak ada riwayat dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan bahwa beliau solat jumaat tanpa didahului oleh dua khutbah.
Ibnu Qudamah rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya khutbah adalah syarat sah dalam solat jumaat Tidak sah solat jumaat tanpa adanya khutbah. Ini adalah pendapat ‘Atha, an-Nakha’i, Qatadah, ats-Thauri, asy-Syafi’i, Ishaq, Abu Thaur, dan Ashabur Ra’yi. Kami tidak mengetahui ada yang menyelisihinya selain al-Hasan (al-Bashri). Ia berkata, ‘Sah solat jumaat semuanya, sama ada imam berkhutbah atau tidak.
Ibnu Qudamah rahimahullah berkata, “Dalil kami adalah firman Allah Subhanahu wa ta’ala,
فَاسْعَوْا اِلٰى ذِكْرِ اللهِ
“Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah’.” (al-Jumu’ah: 9)
Zikir (di sini) adalah khutbah. (Dalil yang lain), Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan khutbah Jumaat dalam keadaan apa pun, padahal beliau bersabda,
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِي أُصَلِّي
“Solatlah kalian sebagaimana melihat aku solat.” [al-Mughni, 3/170-171]
Waktu Shalat Jum’at
Majoriti ulama berpendapat bahwa waktu solat jumaat sama dengan waktu solat Zohor iaitu dari tergelincirnya matahari hingga masuknya waktu Asar.
Hal ini berdasarkan hadith Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam solat jumaat ketika matahari telah condong (ke barat). (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih-nya no. 904)
Disebutkan juga dalam hadith Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Dahulu kami solat jumaat bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ketika matahari telah tergelincir.” (Sahih Muslim, “Kitab al-Jumu’ah”)
Demikian pula diriwayatkan dari Umar, Ali, an-Nu’man bin Basyir, dan ‘Amr bin Huraith radhiyallahu ‘anhum bahawa mereka solat jumaat setelah tergelincirnya matahari. [Fathul Bari 2/387]
Namun, ada pendapat yang menyatakan bolehnya solat jumaat sebelum tergelincirnya matahari, seperti pendapat al-Imam Ahmad rahimahullah dan selainnya. Dasar pendapat ini adalah hadith Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صل الله عليه وسلم يُصَلِّي الْجُمُعَةَ ثُمَّ نَذْهَبُ إلَى جِمَالِنَا فَنُرِيْحُهَا حِيْنَ تَزُوْلُ الشَّمْسُ
“Adalah Rasulullah solat jumaat kemudian kami pergi menuju unta-unta (pembawa air) kami, lalu kami mengistirahatkannya ketika tergelincirnya matahari.” (Riwayat Muslim dalam “Kitabul Jumu’ah”)
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam solat jumaat sebelum tergelincirnya matahari, karena para sahabat mengistirahatkan unta-unta pembawa air mereka setelah solat jumaat di saat matahari tergelincir. Dengan demikian, tentu pelaksanaan solat jumaat terjadi sebelumnya.
Telah dinukil dari sebagian salaf (yakni sahabat Nabi) tentang pelaksanaan solat jumaat sebelum tergelincirnya matahari.
Di antaranya adalah athar Bilal al-‘Absi bahwa ‘Ammar (bin Yasir) radhiyallahu ‘anhuma solat jumaat mengimami manusia. Para jamaah waktu itu (pendapatnya) menjadi dua kelompok. Sekelompok mengatakan (bahawa solatnya) sesudah matahari tergelincir dan sekelompok yang lain mengatakan sebelum tergelincir.
Demikian pula athar dari Abu Razin. Dia berkata, “Dahulu kami solat jumaat bersama Ali (bin Abi Thalib). Terkadang kami telah mendapati adanya bayangan dan terkadang kami belum mendapatinya.” [Kedua athar ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan dinilai sahih olehal-Albani dalam al-Ajwibah an-Nafi’ah hlm. 25]
Tentang hadits-hadits yang menyatakan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam solat jumaat setelah tergelincirnya matahari, pendapat ini menjawab bahawa hal itu tidak menafikan bolehnya shalat Jum’at sebelumnya. [Nailul Authar 3/310]
Kesimpulannya, solat jumaat sebelum/menjelang tergelincirnya matahari itu boleh sebagaimana jika dilakukan setelah tergelincirnya matahari. Pendapat ini pula yang dikuatkan oleh asy-Syaikh al-Albani (seperti dalam al-Ajwibah an-Nafi’ah hlm. 25).
Oleh : Al-Ustaz Abdul Mu’thi, Lc.والله أعلم بالـصـواب
No comments:
Post a Comment