Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 12 May 2021

Bergema Takbir....

Takbir Hari Raya Ustaz Asri 1 Jam (1 Hour)




  1. Mandi : "Sesungguhnya Abdullah bin Umar mandi terlebih dahulu sebelum keluar ke tempat solat." [HR. Abdurrrazzaq, no. 5754]
  2. Berhias dan berwangian : "Wahai Rasulullah s.a.w. ambillah ini dan berhias-hiaslah dengannya pada kedua Hari Raya dan untuk menyambut kedatangan perutusan." [HR. Al-Bukhari, no. 886 & Muslim, no. 2066]
  3. Makan sebelum keluar solat : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan keluar ke tempat solat sehingga Banginda memakan beberapa biji tamar." [HR. Al-Bukhari, no. 953]
  4. Solat di tanah lapang : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha menuju ke tempat solat (tanah lapang) dan baginda memulakan dengan solat." [HR. Al-Bukhari, no. 913, & Muslim, no. 889]
  5. Wanita juga dianjurkan solat Aidilfitri : "Kami telah diperintahkan untuk mengeluarkan remaja-remaja dan wanita-wanita yang baligh pada kedua Hari Raya untuk menyaksikan kebaikan serta dakwah kaum Muslim dan (diperintahkan) kepada wanita-wanita haid untuk menjauhkan diri ruang solat." [HR. Al-Bukhari, no. 970 & Muslim, no. 890]
  6. Berjalan kaki ke tempat solat & bertakbir sehingga solat Aidilfitri : a) "Adalah daripada Sunnah: Kamu keluar pada Hari Raya dengan berjalan kaki." [HR. At-Tirmizi, no. 530, & Ibnu Majah, no. 161]. b) "Ketika keluar pada hari raya Aidilfitri, Rasulullah s.a.w. bertakbir sehingga tiba di tempat solat dan sehingga menunaikan solat. Apabila selesai solat, Baginda menghentikan takbir." [HR. Ibnu Abi Syaibah, no. 5621]
  7. Pergi & pulang menggunakan jalan berlainan : "Nabi s.a.w. apabila Hari Raya, Rasulullah s.a.w. mengambil jalan yang berlainan (ketika pergi dan pulang)." [HR. Al-Bukhari, no. 986]
  8. Menguatkan suara ketika bertakbir : "Sesungguhnya Ibnu umar apabila keluar (menuju tempat solat) di Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, menguatkan suara beliau ketika bertakbir sehingga tiba di tempat solat, kemudian beliau meneruskan takbir sehingga Imam tiba." [HR. Ad-daraqutni, 2/45]
  9. Ucapan pada hari raya : "Telah sabit dari pada Sahabat r.a. apabila mereka bertemu di hari raya, merek mengucapkan serta mendoakan dengan berkata: (Taqabbalallahu minna waminka - Semoga Allah menerima amalan kami & amalan kamu)" [HR. Ad-Daraqutni, 2/45]

Teks Lafaz Bacaan Takbir Raya Aidilfitri Rumi dan Arab

Hari raya aidilfitiri tiba lagi. Antara ibadah yang sunat dilakukan semasa menyambut kedatangan syawal adalah dengan perbanyakkan takbir memuji Allah SWT. Adakah anda sedang mencari teks bacaan Takbir Hari Raya Aidliftir? Di sini kami sediakan panduan , teks dan lafaz takbir raya 2020.

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfiri

Berikut adalah lafaz takbir hari raya aidilfitri.

اللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرْ, 
ْ لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

Rumi:

Allahu akbar x3

la ilaha Iillallahu wallahu akbar

Alllahu akbar walillah ilham

اللَّهُ أَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ, مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّ يْنَ,
وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَحْدَهُ,
صَدَقَ وَعْدَهُ,
وَنَصَرَ عَبْدَهُ,
وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ,
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Rumi:

Allahu akbar kabira walhamdulillahi kathira,
Wa subhanallahi bukrataw waasila
la ilaha ilallah walanahbudu illa iyyahu
Mukhlisina lahuddin,
walau karihal kafirun,
La ilaha illahllahu wahdah,
Sodaqa wahdah,
Wa a a’zzajundahu wahazamal ahza bawahda
La illaha illallahu wallahu akbar,
Allahu akbar walillailhamd.

Perbanyakkan Takbir pada 1 Syawal

Jom sama-sama perbanyakkan takbir pada 1 syawal. masuk sahaja pada malam raya, kita disunatkan untuk bertakbir memuji Allah dan juga tanda kemenangan kita berpuasa selama sebulan.

Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Apakah sunnah pada 1 Syawal?

Makan/sarapan sebelum mengerjakan solat hari raya.

Berapakah rakaat solat hari raya?

2 rakaat.

Bilakah khutbah solat hari raya dibacakan?

Khutbah dibaca selepas menunaikan solat.

Bolehkah solat hari raya didirikan bersendirian?

Boleh.



NHA Stories | Edisi Khas Syawal


Pautan artikel lain yang berkaitan sebagai bahan bacaan tambahan :-

HARI RAYA YANG SEBENAR MELAYU DAHULU MEMPUNYAI KAITAN PERSEDIAAN PERANG

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...