Musang Berjanggut : Sebuah Filem Komedi Arahan P. Ramlee
"Datuk Bendahara: Kenapa pulak kita tidak dikenalkan...Ini tak boleh jadi ini...kita jangan ketinggalan"...datuk² yang lain pun menyusul memperkenalkan diri masing² kepada Puspawangi... 😂"
Kali ini Mimin mengundang saudara Fonzz Fauzee menulis beberapa fakta menarik mengenai filem P.Ramlee sukaan ramai.
MUSANG BERJANGGUT - (Banyak scene kena potong)
Selepas memenangi filem komedi terbaik bagi filem PENDEKAR BUJANG LAPOK, Pengarah P.Ramlee telah menghidangkan sebuah lagi komedi yang boleh juga diangkat sebagai antara komedi terbaik arahan beliau iaitu MUSANG BERJANGGUT yang diedarkan pada tahun 1959. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa skrip asal cerita itu banyak dicantas dan dipotong mengikut citarasa P. Ramlee.
Pada asalnya...
- Puspawangi (Saadiah) muncul selepas 2 minit bermulanya filem itu tetapi ini tidak dipersetujui oleh P. Ramlee. Menurutnya, Puspawangi sepatutnya muncul selepas 50 minit sesudah cerita itu dihidangkan, barulah klimaks nya akan meningkat.
- Cerita asal itu juga lebih kepada menyindir alim ulama yang seringkali bertopengkan agama untuk mengajar perkara yang karut. Ini juga dirombak oleh P. Ramlee.
- Selain dari itu, skrip asal juga dipinda oleh pihak penapis cerita Shaw Brothers yang mana asalnya Sultan Alam Syahbana (Ahmad Nesfu) mempunyai 4 orang isteri dari berbagai bangsa iaitu anak-anak Raja India, China, Jepun dan Melayu. Pihak penapis mahukan Sultan beristerikan seorang sahaja iaitu anak Raja Melayu.
- Selepas filem disiap, beberapa babak telah dipotong oleh Lembaga Penapis Filem. Lebih dari 1,000 kaki terpaksa diguntingnya dari filem asal kerana babak itu agak memberahikan yang menunjukkan Puspawangi berkemban sambil melayan datuk-datuk dari Istana.
- Disebabkan pemotongan itu, P.Ramlee terpaksa menggantikannya dengan babak baru yang tidak mengganggu rentak perjalanan cerita itu.
- Penggambaran filem tersebut juga terpaksa dihentikan buat seketika kerana Saadiah (Puspawangi) telah terganggu kesihatannya. Pada waktu penggambaran, beliau sedang hamil.
- 4 orang gadis perawan telah menjalani screentest untuk peranan dalam filem MUSANG BERJANGGUT. Antaranya ialah Fatimah Ahmad dan K.Fatimah yang lulus dalam ujian itu tetapi mereka tidak dapat dimuatkan dalam filem tersebut kerana P. Ramlee mahu 'reserve' kan mereka untuk filem arahan seterusnya iaitu BADANG tetapi sayang sekali, BADANG tidak jadi difilemkan. Sebaliknya, cerita itu diambil alih oleh Cathay Keris.
- Dalam undian Perfileman Nasional yang dianjurkan oleh Gelanggang Filem pada tahun 1960, filem MUSANG BERJANGGUT telah mendapat nombor dua dalam kategori Filem Sukaramai. Tempat nombor satu adalah PENDEKAR BUJANG LAPOK.
- Bagi kategori lagu pula, lagu JANGAN ADIK ANGAN-ANGAN yang dipetik dari filem tersebut dipilih sebagai LAGU SUKARAMAI tahun 1960.
P. Ramlee Jangan Adik Angan-angan
Fonzz 5.6.2021
https://www.facebook.com/209033119173905/posts/4003125069764672/
Full movie Musang Berjanggut boleh klik di sini :-
No comments:
Post a Comment