Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 5 March 2022

05 MAC 2013

Op Daulat : Peristiwa Pada 5 Mac 2013 Pencerobohan Militan di Lahad Datu, Sabah

Hari ini 9 tahun yang lalu, Op Daulat dilancarkan di Lahad Datu, Sabah. 

Konflik bermula apabila 235 militan mendarat di Kg. Tanduo, Lahad Datu pada 11 Februari 2013. Mereka digelar Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu & Borneo Utara, dihantar Jamalul Kiram III untuk menuntut Sabah menjadi wilayah Kesultanan Sulu. 

Pihak berkuasa dilaporkan tentang kehadiran mereka & kepungan dibuat di kawasan terbabit. Rundingan dimulakan dengan anggota militan, yang kemudian turut mendapat kerjasama kerajaan Filipina untuk menyelesaikan konflik secara aman. 

Begitupun selepas beberapa minggu, rundingan menuju jalan buntu. Pertempuran tercetus pada 1 Mac apabila anggota militan cuba keluar dari kawasan kepungan, menyebabkan 12 mereka terbunuh namun 2 anggota keselamatan negara gugur & 3 cedera. 

Pada malam 2 Mac, satu lagi pertempuran berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna yang menyaksikan 6 lagi anggota polis gugur & 6 militan terkorban. Akhirnya pada 5 Mac, operasi berskala besar dilancarkan kerajaan, diberi nama Op Daulat. 

Fasa pertama operasi yang digerakkan oleh Angkatan ATM & PDRM itu dimulakan dengan serangan udara oleh 3 pesawat F/A-18D Hornet & 5 pesawat Hawk 208 milik TUDM yang menggugurkan bom panduan laser ke kawasan penceroboh. 

Ia disusuli dengan tinjauan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) terhadap kawasan pengeboman, sebelum fasa pembersihan oleh kira-kira 2,000 anggota digerakkan, melibatkan Unit Komando dari Gerup Gerak Khas (GGK) & VAT 69. 

Dalam Op tersebut, 52 orang militan termasuk ketua kumpulan yang berpangkat ‘jeneral’ terbunuh. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan & ramai lagi individu terlibat ditahan susulan operasi ketenteraan itu. 

Konflik di Lahad Datu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013, selepas 12 perwira negara gugur, 6 orang awam terkorban, 56 anggota militan terbunuh & 416 individu ditahan. 

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Astro AWANI, Sinar Harian

#PeristiwaHariIni


------------------------------------------------------------

INFO FAKTA RINGKAS


Tarikh 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya. 

Pencerobohan di Tanduo Lahad Datu itu mengakibatkan perwira negara negara terbunuh dan menyebabkan kematian 56 pengganas dan enam orang awam. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Sama sama Kita sedekahkan Al Fatihah untuk wira Negara yang gugur dalam tragedi ini. Jasa mereka akan terpahat dalam ingatan sampai bila-bila.


AL-FATIHAH

WIRA-WIRA NEGARA YANG TERKORBAN BAGI MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA PENGGANAS SULU SEMASA PERISTIWA DI LAHAD DATU & SEMPORNA DI SABAH

01 - 02 MAC 2013

#LahadDatu #Tanduo

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...