Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 28 March 2022

28 Mac 1930 : Istanbul

Hari ini 92 tahun yang lalu, Constantinople ditukar nama menjadi Istanbul.

Menurut cendekiawan purba Rom, Pliny the Elder dalam bukunya "Naturalis Historia," lokasi tersebut telah menjadi penempatan manusia sejak lebih 3,000 tahun lalu, bermula dengan puak Thracian yang menamakannya Lygos.

Penempatan tersebut kemudian ditinggalkan sehinggalah orang Greek dari kota Megara tiba di situ pada pertengahan kurun ke-7 Sebelum Masihi, sekitar tahun 660 SM, lalu mengasaskan kota dipanggil Byzantium.

Byzantium menjadi kota pelabuhan yang semakin berkembang. Namun apabila perang saudara 5 maharaja Rom meletus pada 193M, kota itu dimusnahkan & ditakluk oleh Septimius Severus sebelum dibina semula & dipanggil Augusta Antonina untuk seketika.

Apabila Constantine I menjadi Maharaja Rom tunggal pada 324M, pusat pentadbiran empayar itu dipindahkan ke Byzantium & kota itu diberi nama rasmi baharu, Nova Roma. Namun ramai merujuknya sebagai Constantinople, yang bererti Kota Constantine.

Dengan perpecahan Kristian pada 1054, Constantinople menjadi penaung Kristian Orthodoks Timur apabila terbentuknya Empayar Byzanite. Begitupun, kota itu menjadi kubu kuat Kristian sepanjang 4 siri Perang Salib untuk lebih 1,000 tahun.

Akhirnya pada 29 Mei 1453, Byzantine tumbang & Constantinople jatuh ke tangan Sultan Mehmed al-Fateh selepas beratus tahun dicuba oleh Sultan-Sultan sebelumnya. Baginda kemudian menjadikannya ibu kota baharu Empayar Uthmaniyah.

Kejatuhan Uthmaniyah pada 1922 membuka episod moden dalam sejarah Constantinople dengan penubuhan Republik Turki. Kota itu tidak lagi menjadi ibu kota apabila Ankara mengambil alih peranan itu di bawah perintah Mustafa Kemal Atatürk.

Dek namanya yang panjang, orang lebih cenderung memanggil kota itu Stamboul/Istanbul, panggilan orang Greek terhadap Constantinople sejak kurun ke-11 yang bererti 'ke Kota.' Kerajaan Republik baharu juga mahu memisahkan kaitannya dengan Uthmaniyah.

Maka pada 28 Mac 1930, Pejabat Pos Turki menukar penggunaan rasmi nama kota itu & meminta semua negara menggunakan nama Istanbul untuk segala urusan surat menyurat.

Sumber: Britannica, History

#PeristiwaHariIni


Pautan artikel yang berkaitan :-

06 April 1453 : Penaklukan Kota Konstantinopel


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...