ANAK JEPUN TUNDUK HORMAT PADA PENGUTIP SAMPAH — Gambar ni Pakcik ambil dari Google jer. Ada satu hari tu, Pakcik nampak depan mata tapi tak sempat bawa keluar kamera untuk snap. Tengah jalan di Yokohama, tiba-tiba dilalui oleh sebuah lori sampah. Lori sampah mereka tak ada yang special, sama macam kita bentuknya. Cuma bersih sahaja. Terus cikgu-cikgu tadika yang sedang bawa budak-budak Jepun ni morning walk kelam kabut minta budak-budak beratur tepi jalan.
Kau bayangkan, bila Pakcik angkat sampah lalu sahaja, semua budak-budak tu tunduk hormat macam dalam gambar ni. Sampai lah pakcik tu berlalu.
Benda kecil
Tapi besar pada pakcik.
Rupanya, bukan pemungut sampah sahaja, malah mereka juga hormati semua pekerja-pekerja 3D (Danger, Dirty dan Difficult). Pakcik tak tahu lah itu memang satu Jepun buat begitu, ataupun kebetulan cikgu tadika yang lalu depan pakcik tu yang terlebih cakna dalam mendidik.
Tapi bila pakcik tanya Malaysian yang dah lama duduk Jepun pada ketika itu, dia memang jawab benda tu common.
Anak-anak semua, bila kejadian tu berlaku, pakcik dah tak kisah pun nak tanya budak tu pandai tak selesaikan persamaan kuadratik, atau boleh ke mereka faham operasi janjang geometrik atau aritmetik dan menyelesaikan persamaan kimia. Sekalipun kau genius sampai boleh hafal buku sifir 4 angka dan hafal jadual berkala, pakcik tak impress lagi tapi kau tunduk hormat pada mereka yang bekerja dalam bidang yang kotor tangan ini, pakcik betul-betul hormat.
Lepas dari tu, pakcik buat benda sama untuk anak-anak. Pakcik ajar anak-anak tak pernah membezakan penghormatan sekalipun kepada Bangla-bangla yang bekerja kotor. Pakcik siap ajar lagi, kalau nak pandang hina, jangan pandang hina kepada pekerja yang kotor tangan kerana rezeki mereka bersih tapi pandang hinalah kepada pekerja yang tangannya bersih tapi buat kerja-kerja “kotor” seperti rasuah dan menipu.
Ubah sikit bermula dari cara kita melihat. Pakcik ni bawa pickup sampah berhenti di trafic light siap kereta sebelah nasihatkan anak-anak dalam kereta mereka “belajar rajin-rajin kalau tak nanti kau besar kau kerja kutip sampah” sambil memuncungkan mulut kepada pakcik dalam aksi menunjuk tanpa guna jari (tapi guna muncung). Rasa macam pakcik nak turun jer dari kereta dan pakcik celapak satu-satu mak bapak dalam kereta tu tetapi…traffic light dah hijau balik dan pickup pakcik tak laju mana.
Selamat pagi Selasa semua.
SAIFUL NANG
Bapak 7 Orang Anak
Notakaki : Kenapa? Tunggu nak baca nota kaki ye?
https://www.facebook.com/100044553064372/posts/536447517850346/
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment