Sebelum tahun 1950-an, wanita diharamkan melakukan kokuhaku, iaitu konfes kepada lelaki yang dia minat. Setelah Valentine's Day diperkenalkan, barulah wanita Jepun ada keberanian untuk lakukan kokuhaku.
Cara biasa mereka konfes ialah memulakan ayat berikut : 'Suki desu. Tsukiatte kudasai?"
(Saya suka awak. Boleh kita keluar bersama mulai hari ini?)
Agak beza dengan sambutan Hari Valentine di Barat, wanita Jepun memulakan langkah dahulu konfes dengan hadiahkan coklat. Ada tiga jenis coklat khas kepada lelaki yang dia minat, teman lelaki, suami, malah kawan sekerja.
1. Giri-Choco. Bermaksud 'coklat kewajiban'. Coklat ini diberikan kepada sahabat, ahli keluarga, bos, atau kawan sekerja lelaki yang tiada perasaan cinta. Lebih kurang sebagai tanda kehormatan kepada lelaki yang kenal dengan si wanita.
2. Honmei-Choco. Coklat ini diberikan khas kepada teman lelaki, kekasih, atau suami. Berbeza dengan Giri-Choco, Honmei-Choco ialah coklat yang dibuat oleh si wanita untuk serlahkan kasih sayang kepada cintanya. Kalau membeli saja, coklat itu haruslah mahal dan tinggi kualitinya.
3. Tomo-Choco. Bermaksud 'coklat sahabat'. Coklat khas diberikan kepada sahabat wanita. Coklatnya biasanya dihias dan Mahal, serta dimakan bersama-sama selain pemberian semata-mata.
Kalau korang (lelaki) nak coklat, pergilah Jepun dan harap ada wanita sana bagi kau coklat.
#TriviaTP
https://www.facebook.com/108017138012139/posts/314727714007746/
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment