10 Mac 1909 : Perjanjian Bangkok
Jata Kerajaan Siam 1873 - 1910
Hari ini genap 113 tahun Perjanjian Bangkok (Anglo-Siamese Treaty) 1909 yang menyaksikan Semenanjung Tanah Melayu dipotong dua oleh bangsa lain sesuka hati tanpa kerelaan orang Melayu sendiri sebagai pemilik tanah ini.
Separuh utara Tanah Melayu dari garis Pulau Tarutau - Setol - Sadao - Chenak - Betong - Bukit Tar -Sungai Golok - Tabal (Takbai) hingga ke garis Ranong-Kra Buri diserahkan secara rasmi kepada Siam.
Separuh selatan Tanah Melayu dari garis Pulau Langkawi - Padang Besar - Bukit Kayu Hitam - Durian Burong - Keroh - Bukit Bunga - Rantau Panjang - Pengkalan Kubor ke selatan hingga Johor Bahru / Singapura diserahkan secara rasmi kepada Inggeris.
Hari ini hari ulang tahun terpisahnya kita dengan saudara saudara kita di Thailand, terpisahnya kita dari tanah leluhur, terpisahnya mereka daripada induk bangsa di Tanah Melayu.
British dan Siam buat perjanjian mencerai beraikan negeri negeri Melayu di Utara Semenanjung Tanah Melayu tanpa pengetahuan Raja Raja Melayu.
Mereka membahagikan tanah ini sesama mereka di luar pengetahuan pemiliknya hingga kita daripada satu keturunan bersaudara, terpisah.
Hari ini ramai anak anak Melayu di Selatan Thai sudah tidak boleh berbahasa Melayu malah tidak mengaku diri Melayu. Mereka mengaku Moslem Thai.
Setul adalah salah satu Wilayah Kekuasaan Kesultanan Kedah pada satu ketika dahulu. Kini telah menjadi milik penuh Negara Thai dan lebih dikenali dengan nama, SATUN
---------------------------------------------------------
Peta Tanah Melayu tahun 1862 yang dibuat oleh Kerajaan British. Pada masa ini Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah jajahan Siam
---------------------------------------------------------
10 Mac 1909 – Perjanjian Inggeris-Siam yang juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok. Perjanjian diantara United Kingdom dan kerajaan Siam ini ditandatangani pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909.
Perjanjian itu adalah hasil dari rundingan-rundingan sulit Inggeris -Siam mengenai masalah-masalah kawasan pengaruh British dan maruah Siam. Pihak Inggeris khuatir dengan saingan perdagangan dan pengaruh Perancis, Rusia dan Jerman, sementara Siam pula ingin mendapatkan kembali maruah dan dignitinya yang telah hilang akibat hak-hak ekstrateritorial yang terpaksa diberikannya kepada kuasa-kuasa Barat iaitu Perancis dan British.
Oleh kerana Kerajaan Siam merasakan sukar untuk mengawal ekonomi dan pentadbiran negeri-negeri utara Tanah Melayu yang berlainan bangsa, budaya dan agama darinya itu dan ingin pula menitikberatkan pembangunan dalam negerinya sendiri, dan Inggeris pula sanggup melindungi negeri-negeri tersebut maka persetujuan pun mudah tercapai.
Hasilnya pada tahun 1909 Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani. Dengan perjanjian itu yang meletakkan Negeri-negeri utara Tanah Melayu-Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu (dulunya Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu) ke dalam kekuasaan British maka seluruh Tanah Melayu termasuk dalam kawasan pengaruh British sepenuhnya. Bagaimanapun Perjanjian Bangkok ini hanya disahkan pada 9 Julai 1909 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Butiran Perjanjian Bangkok 1909 adalah seperti berikut :-
- Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan pulau-pulau bersebelahan kepada Great Britain.
- Tarikh penyerahan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi perjanjian.
- Perlantikan Suruhanjaya Bercampur untuk persempadanan Inggeris-Siam.
- Hutang awam wilayah yang diserahkan akan tetap dibayar kepada Kerajaan Siam.
- Penghapusan bidang kuasa Konsul British di Siam.
- Hak rakyat British di Siam terhadap harta, kediaman dan perjalanan, cukai dan lain-lain.
- Pengesahan perjanjian lama
- Ratifikasi dalam tempoh empat bulan.
---------------------------------------------------------
Nota : Semenanjung Tanah Melayu adalah termasuk Segenting Kra yang sekarang berada dalam wilayah kekuasaan Thailand. Segenting atau Isthmus dalam bahasa Inggeris membawa maksud kawasan tanah yang genting dan Kra adalah berasal daripada perkataan ‘kera’ yang menunjukkan betapa sempitnya tanah itu berbanding dua tanah besar yang mengapitnya. Peribahasa Melayu menyebut “sekangkang kera” untuk membawa maksud sempitnya sesuatu kawasan tanah.
محاضر بن مت لازم
Antara isi kandungan dan juga butir-butir Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kedudukan kawasan dan persempadanan untuk selatan Negara Thai pada masa kini
Jom kenali nama Melayu/nama tempat yang asal
- Chaiya - Cahaya
- Phuket - Bukit/ Hujung Salang
- Trang - Terang
- Narathiwat - Menara
- Satun - Setul
- Songkla - Singgora
- Yala - Jala
- Khawthoung - Pulau Dua
- Ranong - Rundung
- Krabi - Ghraibi
- Pathalong - Bedelung
- Tanessarim ( Myammar ) - Tenang sari
Phuket dan Krabi yang anda rasa cantik sangat itu zaman dulu ialah tempat Sultan Kedah berehat..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi para peminat sejarah dan juga kepada mereka yang masih ingin mengikuti perkembangan dari Dunia Melayu, saudara kita di Selatan Negara Thai, boleh terus mengikuti di Saluran YouTube dan juga Facebook di sini :-
Facebook : Nana Supaphorn
Fanspage : Nana Supaphorn Channel
IG : Nana Supaphorn
YouTube : https://youtube.com/c/NanaSupaphornDAA4
Antara video menarik untuk tatapan semua :-
Nana Supaphorn Channel Bahasa Melayu Di Patani
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment