Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 10 May 2022

07 Mei 1991

HARI INI DALAM SEJARAH

Terkenang kembali tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers, Sg Buloh pada 7 Mei 1991, pukul 3:45 petang, penduduk di kawasan Sungai Buloh, Selangor dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat. Letupan itu menjadi salah satu tragedi merah yang akan diingati, juga mengubah polisi undang-undang negara yang menjadi pegangan sehingga ke hari ini.

Sekitar pengebumian mayat dalam tragedi kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh

Pada tarikh itu, sebuah kilang mercun yang dikenali sebagai Bright Sparklers Sdn. Bhd. yang beroperasi di situ terbakar dan meletup secara tiba-tiba. Berdasarkan laporan polis, letupan kuat daripada kilang mercun itu telah mengorbankan hampir 26 nyawa di samping lebih daripada 83 orang lagi cedera parah.


Bagaikan kawasan peperangan...beginilah keadaan kawasan letupan mercun di Sungai Buluh

Disebabkan kemusnahan yang dahsyat ini, tragedi ini turut digelar sebagai ‘Hiroshima Sungai Buloh’. Ledakan akibat letupan itu diibaratkan seperti perang nuklear di Hiroshima, Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...