Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 14 June 2022

23 MEI 1983 PENUBUHAN PERUSAHAAN AUTOMOBIL NASIONAL BERHAD (PROTON)

Arkib : 23 Mei 1983 Perusahan Automobil Nasional Berhad (PROTON)

 

23 Mei 1983 – Pada tahun 1983, Perusahaan Automobil Nasional Bhd. (Proton) lahir secara rasmi melalui persetujuan yang ditandatangani antara Perbadanan Industri Berat Malaysia (Hicom) dan kumpulan Mitsubishi dari Jepun di Kuala Lumpur.

Dalam upacara menandatangani persetujuan ini, Hicom diwakili oleh Tan Sri Datuk Jamil Rais Mohd Jan, Pengerusi Mitsubishi Motor Corporation (MMC), Dr Tomio Kubo mewakili syarikatnya dan Pengarah Urusan Mitsubishi Corporation (MC) Yoshio Morita menandatangani bagi pihak MC. Melalui persetujuan ini Proton dipertanggungjawabkan mengendalikan pengeluaran kereta-kereta buatan Malaysia yang pertama mulai tahun 1985 di kilangnya di Shah Alam.

Antara persetujuan dan kontrak lain yang dipersetujui oleh Hicom, MMC dan MC ialah persetujuan usahasama, persetujuan bantuan teknikal, persertujuan pinjaman, pemegang saham, kontrak pembinaan bahan dan kontrak bekalan alat-alat kereta. Juga di persetujui ialah pihak Hicom akan memegang saham proton sebanyak 70%, MMC 15% dan MC 15%.

Tidak syak lagi persetujuan yang dicapai pada hari ini dalam tahun 1983 yang melahirkan Proton telah mencatat sejarah dalam usaha merealisasikan cita-cita Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan kereta buatan tempatan.

#PROTON


--------------------------------------------------------------------


PROTON : Kereta Pertama Malaysia

Kalau Raja di jalan raya sekarang ini ialah Perodua Myvi,

Dulu, Raja di jalan raya yang sebenarnya ialah Proton Saga!
Kerana ia merupakan kereta pertama Malaysia 🚗🇲🇾

Bukan untuk reka bentuk bendera Malaysia je ada pertandingan tapi nak cari nama untuk model pertama Proton pun ada!

Seramai 102,823 orang menyertai dan akhirnya dan 3 buah nama menjadi penentu.

𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘮𝘢-𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵?

Saga, Perdana dan Gagah! Saga dipilih ✅
11 orang telah menamakan Saga dan Sarjan Ismail Jaafar dipilih sebagai pemenang! 🏆

Ceritanya bermula apabila beliau sedang bermain 'Scrabble' dan membuat perkataan Saga. Lepastu beliau pun menterjemahkan maksud setiap huruf dalam frasa 'saga' itu :
  • S - Safety, Stability (keselamatan, kestabilan)
  • A - Achievement (pencapaian)
  • G - Greatness (keagungan)
  • A - Ability (kebolehan)
Jadi, korang jangan tersilap nama Saga itu bukanlah datang dari biji buah saga ya! 😉

sumber: Merdeka360

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...