Arkib : 03 Jun 2022
KISAH RINGKAS SEJARAH PERTABALAN SULTAN PAHANG
Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Siwa Raja Tun Ahmad iaitu Encik Abdullah bin Hassan yang dikenali juga sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap mohor iaitu daripada 'Bendahara' kepada 'Sultan'.
Pahang sebelumnya telah "dinasihatkan" oleh Johor untuk menjadi sebuah kesultanan tersendiri selepas perpecahan yang berlaku dalam Empayar Johor- Riau. Temenggung Johor sebelum itu telah mengangkat dirinya sebagai Sultan..
- Oleh itu, pada 16 Ogos 1882, Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan (Sir) Ahmad.
- Pada 12 Disember 1884 pula, Sultan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.
Bermula dari tarikh itu juga, semua gelaran telah ditukar kepada gelaran istana seperti Tengku Besar (macam Putera Mahkota), Tengku dan bagi isteri baginda pula ditukar dari Cik Puan Bongsu kepada Tengku Ampuan.
--------------------------------------------------------------
Arkib : 07 Ogos 2022
PERTABALAN BENDAHARA WAN AHMAD SEBAGAI SULTAN PAHANG YANG SAH
06 Ogos 1882 – Bendahara Negeri Pahang, Bendahara Wan Ahmad memakai gelaran Sultan pada tahun 1882. Istiadat pemakaian gelaran Diraja ini telah diadakan secara rasmi pada 12 Disember 1884 di Pekan, Pahang. Baginda kemudian bergelar Sultan Ahmad AI-Muadzam Shah. Dalam istiadat tersebut juga, isteri baginda, Tuan Besar Wan Fatimah yang bergelar Cik Puan Bongsu diberi gelaran DYMM Tengku Ampuan Pahang. Manakala putera-puteri baginda yang bergelar Wan dan Tun diganti dengan panggilan Tengku.
Dengan penabalan gelaran Sultan, Bendahara Wan Ahmad merupakan keturunan Bendahara yang mula-mula sekali memakai gelaran DYMM Sultan Pahang. Pihak Inggeris hanya mengiktiraf pemakaian gelaran ini oleh Bendahara Wan Ahmad pada tahun 1887. Sultan Ahmad memerintah Pahang dari tahun 1863.
Sebelum dari ini telah berlaku satu perang saudara di antara baginda dan kekandanya, Wan Mutahir akibat perebutan kuasa. Peperangan ini telah berlarutan sehingga 6 tahun, di mana Wan Mutahir tewas dan melarikan diri ke Tanjung Teja bersama anaknya Wan Koris. Dalam pelarian tersebut, Wan Koris telah mangkat di Kuala Pahang dan Wan Mutahir mangkat di Kuala Sedeli. Baginda telah memerintah negeri Pahang selama 51 tahun iaitu dari tahun 1863 hingga 1882 sebagai Bendahara dan dari tahun 1882 hingga 1914 sebagai Sultan Pahang.
Baginda mangkat pada 9 Mei 1914 dan digantikan oleh Puteranya Tengku Mahmud sebagai Sultan Pahang Kedua.
--------------------------------------------------------------
Arkib : 13 Jun 2022
Sultan Pahang : Sultan Ahmad Muadzam Shah (1836-1914)
H.R.H Sultan Ahmad Muadzam Shah
Sultan Pahang 1836 - 1914
GAMBAR MOYANG KDYMM YDP AGONG KITA...
Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Sultan Pahang Pertama Era Moden.
Sahibul Hikayat Ulu Pahang menyebutkan:
“Sungguhpun ia seorang anak raja, pernah ia membuat kerja membawa pejawat-pejawat pengikutnya mudik sungai Pahang mencari emas, berniaga barang-barang mengikut sungai Pahang yang panjang sebagai jalan raya dewasa ini hingga ke Jelai serta pandai mengambil hati orang dan rakyat.
Rakyat di Hulu Pahang, Lipis dan Jelai tersangat sayang kepadanya oleh perangainya yang tersangat baik.
Sebarang bicaranya, budi bahasa, luar biasa dikalangan pemuda-pemuda yang lain dan ayahandanya Bendahara Ali tersangat kasih kepadanya.
Kredit : Para Pencari MU...
https://www.facebook.com/groups/1812795332245461/permalink/1993742854150707/
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
HARI HOL SEMPENA MEMPERINGATI KEMANGKATAN
04 JUN 1895 : MAHARAJA ABU BAKAR
No comments:
Post a Comment