Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 10 June 2022

Tengku Mahkota Pahang Ke Rumah Sudirman

 

Mengimbau kenangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad suatu ketika dulu, sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada hari ini (06 Jun 2022).


TENGKU MAHKOTA PAHANG KE RUMAH SUDIRMAN

Bagaikan satu 'kejutan'... Suatu peristiwa paling indah, yang paling tak dapat dilupakan oleh Sudir sepanjang hidupnya, apabila rumahnya dikunjungi oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Di akhir-akhir tahun 80-an dulu, Sudir tidak ketinggalan menghadirkan dirinya ke Masjid Temerloh, Pahang Darul Makmur. Rupa-rupanya Tengku Mahkota Pahang pun turut hadir untuk solat hari raya berjemaah bersama rakyat jelata. 

Selesai solat hari raya, baginda Tengku Mahkota telah menjemput kesemua jemaah ke istananya termasuk Sudir untuk menikmati juadah hari raya. 

Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah (Tengku Mahkota Pahang) Sewaktu kesemua tetamu menjamu selera, tiba-tiba secara spontan, Tengku Mahkota bersuara dengan membahasakan dirinya 'saya'. 

"Saya nak pergi ke rumah kamu Sudir, boleh?" 

Sudir tergamam... tak tau nak berkata apa-apa, melainkan katanya, "Rumah patik buruk Tuanku!" Di dalam hati, Sudir berharap bahawa Tengku Mahkota hanya berseloroh mengusiknya aje. 

Rupanya dalam diam-diam, Tengku Mahkota telah mengarahkan pegawai-pegawainya memastikan di mana rumah Sudirman. Dan Sudir pun apa lagi... bila mendapat tahu hal ini kelam-kabutlah dia membuat persiapan. 

Kata Sudir bercerita pada BAM, "Apa tidaknya saya jadi kelam-kabut, kerana keluarga saya 'simple'. Sejak ayah meninggal dunia, satu apa pun di rumah itu saya tak ganti, kerusi meja dan langsir semuanya dah buruk

"Lagipun anak buah saya ramai, semuanya 20 orang, riuh-rendah bising memekak 24 jam. Saya tak mahulah menyusahkan Tuanku atas dasar sanjungan saya terhadap dirinya

"Tapi dalam masa satu setengah jam itu, saya bergegas ke pekan membeli pinggan mangkuk, permaidani, kerusi set, kipas angin, langsir semua saya tukar yang baru serta-merta. Bukan nak membazir, tapi rasa berbesar hati nak menyambut kedatangan Tuanku Tengku Mahkota di hari yang mulia, walaupun saya tahu Tuanku tentu tidak mahu saya berbuat begitu. 

"Tengku Mahkota tiba di rumah saya yang jalannya lekuk-lekik becak dan penuh batu-batu. Jalan tanah merahlah katakan. Atas bukit pulak. Kesian Tengku Mahkota kena berjalan kaki mendaki bukit.

Bagaimanapun, kata Sudir, hatinya merasa lega kerana rumahnya dah teratur. Kerusi baru, karpet baru, langsir pun baru. Bahkan hidangan hari raya untuk santapan Tengku Mahkota disajikan dengan pinggan mangkuk baru. 

"Puas rasa hati," kata Sudir. 

Sudir terus perkenalkan ahli-ahli keluarganya yang tua kepada Tuanku. 

"Mana orang-orang lain? Tempat Sudir ni sunyi ye, tapi pemandangannya cantik," ujar Tuanku. 

"Iya Tuanku!" jawab saya. 

"Saya terus teringatkan anak-anak buah saya yang bising, bingit macam bunyi jet

Cerita Sudir lagi, "20 minit kemudian, Tuanku berangkat untuk pulang, dan belum sempat keretanya bergerak 10 meter, anak-anak buah saya menderu keluar nak curi-curi tengok

"Saya tak benarkan mereka keluar, bukan sebab apa, saya tak mahu mereka semua buat bising, nanti Tuanku jadi tak selesa. Saya faham Tuanku tentu penat selepas melayan beratus-ratus rakyat di istananya pada sebelah pagi tadi, dan kemudian nanti pada sebelah petang pula," kata Sudir bercerita panjang. 

"Nak tau tak di mana saya sorokkan budak-budak tu?" 

"Dalam perkarangan reban ayam, belakang rumah," kata Sudir ketawa geli-geli hati dan kesian mereka... tak mengapalah, Cokman cuma kurung 20 minit aje," katanya. 

Sudir kagum dengan sikap Tengku Mahkotanya yang berjiwa rakyat. Dan rakyat tentu tak senang duduk kerana kasihkan Rajanya.

Sudir memang bangga sebagai anak Pahang Darul Makmur. Penghibur ternama Sudirman Haji Arshad sering memperkenalkan dirinya sebagai 'Kampung Boy' dari Temerloh, Pahang Darul Makmur dalam setiap show nya di hotel-hotel lima bintang yang dihadiri oleh pelancong-pelancong dari pelosok dunia.


Pautan artikel-artikel lain yang berkaitan :-

22 Februari 1992 Sudir Sebuah Rakaman Kenangan



25 Mei 1954 Hari Kelahiran Datuk Sudirman Haji Arshad


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...