Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2022

09 JUN 1963

Peristiwa 09 Jun 1963

Hari ini 59 tahun lalu, bintang Hollywood, Johnny Depp dilahirkan.

John Christopher Depp II berasal dari Owensboro, Kentucky, anak bongsu daripada 4 beradik. Keluarganya berpindah-randah hingga akhirnya menetap di Miramar, Florida. Di usia 16 tahun, beliau berhenti sekolah untuk menjadi pemuzik lalu berhijrah ke Los Angeles.

Pada 1983, Depp mengahwini jurusolek, Lori Anne Allison ketika karier muziknya tidak memberangsangkan. Ketika itu Depp berkenalan dengan pelakon Nicolas Cage yang menggalakkan Depp mencuba bidang lakonan lalu mengaturkannya untuk satu uji bakat.

Depp muncul dalam filem pertamanya pada 1984, “A Nightmare on Elm Street” & bercerai dengan Allison tahun berikutnya. Namanya meledak apabila membintangi siri TV “21 Jump Street” (1987-1990), sebelum muncul dalam filem “Cry-Baby” & “Edward Scissorhands.”

Dari situ Depp mencipta nama sebagai pelakon yang versatil, mampu memerankan pelbagai jenis watak. Paling masyhur adalah Captain Jack Sparrow yang muncul pertama kali pada 2003 dalam filem pertama francais “Pirates of the Carribean.”

Persembahan Depp sebagai lanun itu memberinya pencalonan pertama Oscar. Beliau dicalonkan buat kali ke-2 pada 2004 untuk watak pencipta Peter Pan dalam “Finding Neverland” & yang ke-3 pada 2007 untuk watak pembunuh bersiri Sweeney Todd.

Walau belum pernah merangkul Oscar, Depp menerima pelbagai anugerah lain antaranya Golden Globe & Screen Actors Guild. Pada 2012, Depp diisytihar Rekod Dunia Guinness sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia (USD75 juta setahun). 

Kehidupan peribadinya turut jadi tumpuan apabila menjalin hubungan dengan pelakon Winona Ryder, kemudian supermodel Kate Moss. Antara 1998-2012, Depp berkongsi hidup dengan penyanyi Perancis, Vanessa Paradis & dikurniakan 2 orang anak.

Karier Depp mengalami kejatuhan selepas bercerai dengan pelakon Amber Heard pada 2017, yang dikahwininya pada 2015. Pada 2018, Heard menulis satu artikel diterbitkan The Washington Post mendakwa dirinya mangsa keganasan domestik.

Depp menyaman Heard atas tuduhan fitnah & perbicaraan dimulakan pada April 2022. Selepas 6 minggu testimoni, juri memihak kepada Depp.

Sumber: Britannica, Esquire

#PeristiwaHariIni


Pautan artikel lain yang berkaitan :-


Congratulations, Captain Jack Sparrow !


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...