Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 4 June 2022

APABILA UMUR TELAH MENCAPAI 40 TAHUN


Astagfirullah hal'azim..baru saya faham 😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
  • Kesihatan.
  • Keluarga.
  • Sahabat.
  • Kerjaya.
  • Ibubapa.
  • Adik-beradik.
  • Kebendaan.
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!
  • Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
  • Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
  • Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
  • Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
  • Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
  • Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
  • Masa inilah diuji dengan masalah kewangan
  • Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
  • Menguji keimanan.
  • Menguji kesabaran.
  • Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
  • Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
  • Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
-ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!
  • Hati lebih sabar.
  • Hati lebih tenang.
  • Hati lebih ikhlas.
  • Hati lebih tawaduk.
  • Hidup lebih bahagia.
  • Hidup lebih sempurna.
  • Hidup lebih nampak arah tujunya.
  • Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
  • Semua urusan diniatkan ibadah.
  • Sudah mula ke rumah Allah.
  • Sudah mula perbaiki diri.
  • Sudah mula perbaiki solat.
  • Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
  • Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, di usia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-


Arkib : 17 September 2022


Bila usia menjelang 40 - 50 tahun banyak benda yang kau kena ubah. Take note 

𝗕𝗶𝗹𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝟰𝟬𝗮𝗻-𝟱𝟬𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗸𝗮𝘂 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛!

Antaranya :
  1. Bersederhana dalam bekerja, sebab anda kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga
  2. Ambik cuti dan tinggalkan hal-hal kerja buat seketika untuk anda lebih mendekati anak-anak yang sedang membesar.
  3. Berhenti untuk fikir masalah kerja di rumah, rumah adalah masa terbaik untuk anda tenangkan diri.
  4. Tak perlu korbankan masa anda untuk orang lain, akan tetapi korbankan masa anda untuk Allah s.w.t. dan keluarga anda.
  5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang anda kena buat, kerana di usia ini anda perlu memilih untuk bekerja dengan lebih tenang !
  6. Tinggalkan manusia-manusia yang mengambil kesempatan pada anda ! Biar kawan tak ramai daripada ramai yang menyusahkan hidup anda (toxic).
  7. Jauhi mereka yang hipokrit, terutama mereka yang hidup berpura-pura (fake) !
  8. Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik akan tetapi tidak mempunyai sikap yang baik (berhati busuk).
  9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Bergembira (enjoy) bersama-sama dengan bersama-sama keluarga !
  10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yang lebih baik bila bersara 40an Usia terbaik untuk pergi umrah pada yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Sumber : Prof Madya Dr Kamal


Arkib : 01 Ogos 2022


Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang pernah diketahuinya.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Mahakuasa (QS : An-Nahl, 16 : 70)

Apabila umur dah 40 dan ke atas, kalau masih lagi belum bergelar jutawan, masih lagi belum ada Lamborghini, masih lagi belum ada banglo mewah, saya syorkan biarkanlah. Jangan korbankan masa ibadat kita untuk mengejar dunia yang sementara. 

Bukan maksud saya tak perlu bekerja, tapi jangan kalut² sangat nak capai perkara itu semua. Umur 40 dan ke atas ini sebenarnya tinggal satu step sahaja lagi nak ke alam akhirat. Bila² masa sahaja malaikat Izra'el akan ziarah kita. So, kena siapkan bekalan. Jangan miskin di sana. Miskin dunia berbaki beberapa tahun sahaja lagi nak mati. Namun kalau miskin akhirat, kita kan miskin buat selama²nya. 

Apabila dah masuk siri 40 dan ke atas, pemberatan masa kita sepatutnya dah lain. Bab dunia ni kalau kita dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat pun alhamdulillah. Namun bab akhirat memang kena lebih. 

Jangan kita korbankan akhirat demi mengejar kesenangan yang sementara dan kesenangan yang menipu. Cuba bayangkan kalau kita habiskan semua masa, kita korbankan masa ibadat untuk kejar dunia dan bergelar jutawan pada usia 70, apakah faedahnya? Nak makan sepinggan pun dah tak berapa selera. Nak melancong pun lutut dah tak berapa larat. Akhirnya harta itu ditinggalkan. Waris mungkin kaya, tapi kita miskin akhirat. 

Pesanan saya, setiap hari, jaga solat berjamaah, baca Quran 20 mukasurat, peruntukkan sebahagian harta untuk bersedekah dan jangan lupa selawat ke atas Nabi s.a.w.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...