Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 6 August 2022

06 OGOS & 09 OGOS 1945 (WWII)

PERISTIWA PALING DAHSYAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA (WWII)


Serangan bom atom oleh Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki

Semua sedia maklum peristiwa pengeboman bom atom oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Hiroshima dan Nagasaki, Jepun pada 6 dan 9 Ogos 1945 sebagai babak akhir paling dahsyat Perang Dunia Kedua (WWII). Serangan ke atas dua kota itu menyaksikan lebih 160,000 orang awam terbunuh dengan kesan radioaktif ke atas kesihatan penduduk yang terselamat berlarutan selama bertahun-tahun. Dua serangan itu juga mendorong Jepun untuk mengaku kalah sekaligus menamatkan WWII. 

Tetapi tidak ramai tahu, AS sebenarnya merancang lebih 12 buah serangan nuklear ke atas Jepun sekiranya mereka enggan menyerah kalah. Mengikut beberapa dokumen yang disimpan di arkib tentera AS-London, pihak AS akan menyiarkan amaran menerusi siaran radio setiap 15 minit selepas serangan ke atas Hiroshima. Amarannya mudah, lebih banyak bandar Jepun akan menerima nasib sama seperti Hiroshima dan Nagasaki sekiranya Tokyo terus berdegil untuk melawan.

Antara kota-kota Jepun yang diletakkan sebagai sasaran berpotensi ialah Kyoto, Yokohama, Kokura, Niigata dan Tokyo. Serangan ketiga dijangka dibuat pada 19 Ogos dengan lebih banyak serangan dirancang pada September dan Oktober. Rancangan kejam ini bagaimanapun dibatalkan selepas kerajaan Jepun mengaku kalah pada 15 Ogos. Tindakan pantas Maharaja Hirohito menyelamatkan Negara Matahari Terbit itu daripada menjadi padang jarak, padang tekukur.

Oleh : Mostapha Abbas 

--- 

[IKLAN] Kalau anda berminat dengan trivia Perang Dunia Kedua seperti ini, kami ada cadangan terbaik untuk anda. Beli buku kami bertajuk MALAYA 1941, berkisarkan tentang penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu. Beli di Shopee kami di: bit.ly/3zRl97N


--------------------------------------------------

09 MAC 1945 : OPERASI MEETINGHOUSE RAID MENGGUNAKAN NAPALM BOMB


Mungkin ada yang tak tahu sebelum pihak Amerika jatuhkan bom atom, mereka terlebih dahulu buat sesi pengeboman secara besar-besaran. Pada gambar ni korang boleh tengok sendiri betapa teruknya bandar Tokyo yang dibom oleh pihak Amerika 

Mereka ni sebenarnya guna 1 bom yang dikenali sebagai Napalm Bomb, benda ni cecair yang mudah terbakar. Kejadian berlaku pada malam 9 Mac 1945, operasi ini dikenali dengan nama Meetinghouse Raid.

Bom yang dilepaskan tu mula jatuh pada kawasan bandar Tokyo, waktu tu kebanyakan rumah kat sana diperbuat daripada kayu, jadi api yang menyambar rumah akan cepat merebak disebabkan oleh 2000 tan bom yang digugurkan di sana.

Peristiwa ni menjadi sejarah sebab angka kematian meningkat berlipat kali ganda iaitu mencecah 100,000 orang awam, 1 juta orang hilang tempat tinggal dan 267,171 bangunan musnah teruk.

Kebanyakan yang mati disebabkan tak sempat nak lari sebab kawasan tu terbakar dengan teruk, kawasan tu dibom hanya 3 jam sahaja tapi kesan amat teruk ada yang cerita mayat yang dijumpai di kawasan Sumida hitam seperti arang sebab rentung terbakar.


--------------------------------------------------


Hari ini, 6 Ogos 1945, adalah kali pertama bom atom jatuh menghinggap bumi Jepun. Bom yang dihantar oleh Amerika Syarikat telah mengorbankan ramai orang dan kesannya terasa sehingga sekarang.


--------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

77 tahun yang lalu, pada 15 Ogos, Maharaja Hirohito mengumpumkan pasal serah kalah pada kuasa Bersekutu selepas dua bandar Jepun menjadi padang jarak padang terkukur.

06 OGOS 1945 DEBU HIROSHIMA


2022年8月6日 MANGSA-MANGSA PENGEBOMAN HIROSHIMA


07 Mei 1991 Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...