Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 16 August 2022

PERISTIWA PADA 15 OGOS 1957

Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Diluluskan

15 Ogos 1957 – Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah diluluskan pada tahun 1957. Rang Undang-Undang tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Undangan Federal yang telah memberikan taraf Kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Usul meminta supaya rang undang-undang ini diluluskan telah dikemukakan oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan telah disokong oleh Encik Shamsuddin bin Naim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan lulusnya Rang Undang-Undang ini bererti mulai 31 Ogos 1957, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka akan menjadi sebuah Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.

Berikutan daripada itu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka telah mula berkuatkuasa dan diguna pakai bermula pada 31 Ogos 1957. Dengan kelulusan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ini telah memberi pengiktirafan kepada sebuah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka.

#hariinidalamsejarah #merdekasale



TRIVIA MERDEKA
RANG UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU TELAH DILULUSKAN

15 OGOS 1957

Rang Undang-Undang tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Undangan Federal yang telah memberikan taraf Kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mengemukakan usul supaya rang undang-undang ini diluluskan.

Melalui kelulusan tersebut, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka akan menjadi sebuah Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957.


-----------------------------------------------------------


TRIVIA MERDEKA
PENUBUHAN PASUKAN REJIMEN YANG PERTAMA TENTERA MERIAM PERSEKUTUAN

15 OGOS 1957 

GAMBAR SEBAHAGIAN ANGGOTA PASUKAN REJIMEN PERTAMA TENTERA MERIAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

  • Pasukan Rejimen Pertama Tentera Meriam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan di Kajang, Selangor bagi melengkapkan angkatan Bersenjata Tentera Persekutuan
  • Pasukan yang dianggotai oleh 89 orang anggota ini terdiri daripada anak-anak Melayu yang diambil khas dari Pasukan Pertama Tentera Meriam Di-Raja British di Singapura
  • Pasukan ini juga dipimpin oleh 6 orang pegawai-pegawai British di bawah perintah Major P. Shemton Baker M.C.R.A.
  • Pada tahun 1956 seramai 165 orang anggota tambahan dan 7 orang pegawai anak Melayu diambil bagi menggantikan pegawai-pegawai British yang berkhidmat dalam pasukan ini.

-----------------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

14 OGOS 1963 PERJANJIAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...