Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 14 August 2022

23 MEI 1950 UPACARA PENYERAHAN LOCENG KAPAL H.M.S MALAYA

Arkib 23 Mei 1950 : Upacara Penyerahan Loceng Kapal H.M.S. Malaya

Pada hari ini 23 Mei 1950, satu upacara penyerahan Loceng Kapal H.M.S. Malaya oleh Laksamana Faulkuer bagi pihak Tentera Laut Diraja British kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang mewakili semua raja-raja Melayu telah diadakan di Padang Bola, Port Swettenham. Loceng itu kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Laut Malaya. Tujuan loceng ini diserahkan ialah untuk memberi penghormatan dan mengenang jasa baik pasukan tersebut. 

Upacara ini telah dihadiri oleh beribu-ribu rakyat tempatan termasuk Ketua-ketua Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Sebelum penyerahan loceng dilakukan, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan telah memeriksa perbarisan yang terdiri daripada Pasukan Laut Malaya bersama Pasukan Askar Melayu. Semasa upacara ini berlangsung, bendera Persekutuan Tanah Melayu turut dikibarkan buat pertama kalinya dengan tidak secara rasmi di kemuncak tiang kapal perang H.M.S. 'Constants' yang beratnya 2,200 tan. 

Dalam titah ucapan baginda, Yang DiPertuan Besar telah menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak raja-raja Melayu dan berharap ahli-ahli Pasukan Laut Malaya akan meneruskan usaha-usaha dan cita-cita pasukan.

#hariinidalamsejarah #TLDM

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/5288257807905784/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

HMS MALAYA 


KISAH SEDIH KAPAL PERANG UTAMA YANG DIBAYAR NEGERI MELAYU BERSEKUTU 

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/01/hms-malaya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...