Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 3 September 2022

03 SEPTEMBER 1953 KAWASAN PUTIH YANG PERTAMA DI TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1953, Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah mengisytiharkan kawasan putih yang pertama di Tanah Melayu yang terletak di Melaka meliputi kawasan seluas 221 batu persegi dan mempunyai penduduk seramai lebih kurang 160,000 orang. Kawasan ini meliputi Bandar Melaka, Merlimau, Melaka Tengah dan kawasan-kawasan di pantai Negeri Melaka. Kawasan putih merupakan kawasan yang bebas dari ancaman pengganas-pengganas komunis dan undang-undang darurat seperti sekatan ke atas bahan-bahan makanan, bekalan-bekalan penting dan perintah berkurung telah dilonggarkan dan dihapuskan di kawasan putih ini.

Pengisytiharan ini juga antara lain bertujuan memikat hati rakyat untuk bekerjasama dan berusaha menjadikan kawasan mereka bebas dari pengaruh komunis. Dengan pengisytiharan kawasan putih ini, penoreh-penoreh dan petani-petani dibenarkan membawa makanan ke sawah-sawah tanpa menggunakan surat kebenaran dan pemeriksaan oleh pegawai-pegawai keselamatan.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

27 OGOS 1952 RAYUAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...