Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 14 September 2022

13 SEPTEMBER 1945 PERBARISAN KEMENANGAN ANGKATAN TENTERA BERSEKUTU

 

Pada hari ini dalam tahun 1945, satu Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) telah diadakan di hadapan Bangunan Sekretariat, Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan Angkatan Tentera Bersekutu ke atas Jepun dalam Perang Dunia Kedua.  Upacara ini juga menandakan berakhirnya pendudukan Jepun selama hampir lima tahun di Tanah Melayu dan menandakan kembalinya penjajahan British. Kemenangan Negara-negara Bersekutu adalah disebabkan pengeboman bandar Jepun yang utama, Nagasaki dan Hiroshima. 

Bagaimanapun kemenangan ini tidak sampai di Tanah Melayu dengan serta merta. Tanda-tanda ketibaan Tentera Bersekutu hanya kelihatan setelah kapal perang pihak Bersekutu tiba di Pelabuhan Swettenham pada 5 September 1945 dan tentera-tenteranya masuk ke Kuala Lumpur pada 8 September 1945 dan menawan tentera-tentera Jepun. Setelah kerja-kerja tersebut selesai, Tentera Bersekutu telah mengadakan Perbarisan Kemenangan dengan disaksikan oleh Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu, Lord Louis Mountbatten.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

12 SEPTEMBER 1945 PENTADBIRAN TENTERA BRITISH SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...