Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 16 September 2022

16 SEPTEMBER 1873 KAPAL MIDGE DISERANG SEKUMPULAN LANUN DI PERAK

Pada hari ini dalam tahun 1873, sebuah kapal British ‘Midge’ telah diserang oleh sekumpulan lanun di perairan Larut, Perak. Dalam serangan tersebut dua orang askar British telah mendapat cedera parah. Kekacauan di Larut ini berpunca dari pergaduhan puak-puak Hai San dan Ghee Hin yang bukan sahaja berlaku di Larut tetapi juga telah merebak ke Jajahan Inggeris di Seberang Prai dan Pulau Pinang. Kekacauan oleh orang-orang Cina ini menyebabkan Inggeris campurtangan. 

Kolonel Anson telah mengadakan mesyuarat di Pulau Pinang di antara puak-puak yang bertentangan di Larut. Pun begitu kekacauan masih juga berterusan dan ini menyebabkan Inggeris bertindak menghantar kapal ‘Midge’ ke perairan Larut dan kemudiannya mudik ke Sungai Larut untuk membenteras lanun-lanun Cina yang sentiasa mengganggu pedagang-pedagang yang menggunakan jalan air tersebut. Malangnya Kapal ‘Midge’ telah diserang oleh lanun-lanun yang berkubu di tebing Sungai Larut. Inggeris kemudiannya menghantar kapal ‘Thalia’ pada 20 September 1873. 

Kapal ‘Midge’ dan ‘Thalia’ kemudiannya bergabung menyerang kubu-kubu lanun Cina di Larut dan memusnahkan kubu-kubu di tebing Sungai Larut serta merampas 2 tongkang Cina di situ. Kira-kira 3000 penduduk di Pekan Larut yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang Cina telah menyerah diri kepada Inggeris. Dengan serangan lanun-lanun Cina ke atas kapal ‘Midge’ pada hari ini dalam tahun 1873 telah menyebabkan campurtangan Inggeris secara serius di Larut dengan menyerang dan memusnahkan kubu-kubu lanun Cina di sana serta memaksa mereka berdamai dengan Inggeris.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

27th JULY 1877 : REGENT OF PERAK

Selepas Peristiwa Pembunuhan J.W.W. Birch, Raja Yusuf dilantik sebagai Pemangku Sultan Perak ataupun dalam Bahasa Inggerisnya ialah 'Regent'

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...