Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 19 September 2022

18 SEPTEMBER 1962 PERSIDANGAN PERDANA-PERDANA MENTERI KOMANWEL DI LONDON

 

Pada hari ini dalam tahun 1962, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein mengetuai perwakilan negara ke Persidangan Perdana-perdana Menteri Komanwel di London yang berlangsung selama 10 hari. Tun Abdul Razak turut berucap di persidangan yang dihadiri oleh semua Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Komenwel. Dalam ucapannya itu, Tun Abdul Razak menegaskan bahawa Malaya akan terus menjadi kubu utama untuk menentang ancaman komunis di Asia Tenggara.

Beliau juga menjelaskan Malaya mempunyai pengalaman membanteras komunis di zaman darurat selama 12 tahun dan beliau berkongsi pendekatan yang diamalkan oleh Malaya untuk menghindar kemunculan semula pengaruh komunis dengan melaksanakan pembangunan luar bandar dengan lebih berkesan. Beliau turut menggariskan perkara-perkara berkaitan rantau Asia Tenggara seperti masalah di Irian Jaya dan peranan pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASA).

#hariinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02og7j1sRxk4rpYCXGRTGEYRsn2C7Zny7fNDfqK2evjNhme4QKzS8zkjgZPKo4FdN5l/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

06 SEPTEMBER 1949 TAWARAN PENYERAHAN DIRI BERAMAI-RAMAI KEPADA MRLA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/06-september-1949-tawaran-penyerahan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...