Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 28 September 2022

27 SEPTEMBER 2022 SHEIKH DR YUSUF AL-QARDHAWI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

 

AL-FATIHAH buat Almarhum Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi Rahimahullah..


SHEIKH YUSUF AL QARDAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN.®️®️®️


Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia semakin di hujung masa, kala mana alam semakin kelam, dunia semakin hilang para alim ulama', seorang yang alim di dunia ini, Allah memanggil para alim ulama untuk pulang. Pulang ke pangkuannya bererti tercabutlah ilmu dari dunia ini.. Moga Allah merahmati Allahyarham Dr Yusuf Al Qardawi dan memasukkannya di kalangan hamba Allah yang soleh. Aamiin.

Pemergian Murabbi Ummah

إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن وإنا على فراقك لمحزونون ...
ولا نقول إلا ما يرضى ربنا " إنا لله وإنا إليه راجعون"

Telah menghadap Ilahi Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi pada waktu zohor (Qatar) semalam, 26 September 2022. Almarhum seorang pemikir, ilmuwan dan murabbi agung abad ini.

Karya-karya beliau yang akan terus menjadi rujukan umat adalah seperti Fiqh Zakat, Fiqh Kewarganegaraan, Fiqh Keutamaan, Fiqh Jihad dan banyak lagi. Sememangnya almarhum adalah sosok tubuh yang banyak jasanya pada umat ini. 

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ 

Maksudnya: “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (Surah al-Sajdah: 24)

Sesungguhnya, kita telah kehilangan sebutir permata berharga yang kita berdoa moga Allah Azza wa Jalla akan menumbuhkan lagi tunas baik hasil didikan almarhum terhadap umat ini. Allahumma Aamiin.

Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdillah bin Amru bin al-As R.Anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah S.W.T. menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” 
Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)

Semoga Allah S.W.T. sentiasa memandu kita dengan hidayahNya dan menjadikan kita semua golongan yang sentiasa memberi manfaat kepada ummah.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وارفع درجته واسكنه في الفردوس الأعلى

----------------------------------------------------------------------------------------


"Ya Allah ! Ampunilah beliau, berilah beliau rahmat-Mu, kesejahteraan serta maafkanlah kesalahannya".

Dr. Yusuf Al- Qaradhawi Dakwah & Perjuangan

Dr Yusuf al-Qardhawi menghidupkan umat dengan karya penulisan dalam pelbagai lapangan ilmu. 

Perjalanan hidupnya dipenuhi cabaran yang luar biasa namun beliau tidak pernah meninggalkan jihadnya di medan ilmu. Menyatakan kebenaran dan menyinari umat dengan dakwah.

Pemerintah Mesir menangkap dan memenjarakan jasadnya namun gagal memenjarakan jiwa dan perjuangannya. Ramai rakan-rakan seperjuangannya ditahan, diseksa dan akhirnya mati di dalam penjara Mesir.

Semasa sibuk dengan seruan dakwah masanya tetap diluangkan menulis karya-karya Islam dalam pelbagai lapangan. Inilah kehebatan beliau yang sangat luar biasa.

Ah jauh bezanya dengan para pendakwah kini yang ’sibuk berdakwah’ sehingga tiada masa membaca buku-buku serta menulis. Yang diulang-ulang adalah cerita lama dan jenaka usang.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga tidak terlepas dengan kritikan oleh sarjana Islam yang tidak bersetuju dengan fatwa, ijtihad, pandangannya dalam fiqh kontemporari. Malangnya ada sebahagian kecil sarjana yang mengkafirkannya. 

Manakala seruannya konsisiten terhadap golongan muda meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam ilmu sains dan teknologi agar kebergantungan kepada Barat dapat dikurangkan. 

Sering kali beliau menyentuh isu kelemahan umat Islam yang terkebelakang dalam pelbagai lapangan ilmu. Malah umat Islam semakin jauh dengan meninggalkan jihad dalam medan ilmu. Negara umat Islam yang kaya tidak memanfaatkan kurniaan Allah untuk membina Tamadun sebaliknya bergantung harap dengan dunia Barat dan tunduk kepada kuasa-kuasa mereka.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dibuang dari Mesir tanah tumpah kelahirannya namun disambut seluruh dunia. Malangnya terdapat pemimpin negara umat Islam yang cuba mencemar imejnya dengan tuduhan pelampau dan penyebar keganasan.

Buku-buku tulisan beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di dunia dan dibaca oleh generasi ke generasi yang berikutnya. Tulisan beliau pada era 80 an masih hidup dan relevan untuk dibaca sehingga kini. Benarlah penulisannya hidup merentasi zaman.

Kita kehilangan seorang tokoh yang sukar dicari ganti. Moga Allah merahmati beliau dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang soleh.

Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin
27 September 2022
1 Rabiul Awal 1444H
----------------------------------------------------------------------------

Beberapa Fakta Berkait Professor Dr Yusuf Al Qardhawi

1. Lahir di Mesir pada tahun 1926 dalam keluarga yang miskin dan membesar sebagai anak yatim sejak usia 2 tahun selepas kematian bapanya. Namun dalam kesusahan dan serba kekurangan berjaya menghafal 30 juzuk Al Quran ketika berusia 9 tahun dan menjadi pelajar terbaik di seluruh Mesir ketika dibangku sekolah.

2. Menyambung pengajian di peringkat Ijazah, Master dan PhD di Universiti Al Azhar. Tesis PhD beliau yang mengkaji Fiqh Zakat mendapat anugerah tesis cemerlang oleh Universiti Al Azhar. Walaupun baru tamat pengajian di peringkat master, beliau telah dihantar oleh Al Azhar untuk berkhidmat sebagai Pengarah Institut Pengajian Islam di Qatar pada tahun 1962. 

3. Beliau mengasaskan Fakulti Pengajian Islam di Qatar University dan menjadi dekan di fakulti tersebut selama 13 tahun (1977-1990). Selain itu beliau pernah berkhidmat di Algeria sebagai Pengerusi Scientific Council of Islamic University and Higher Education. Di Malaysia, UIA menganugerahkan tokoh akademik antarabangsa kepada Al Qardhawi serta anugerah yang sama diperolehi oleh Sultan Brunei, Jordan dan King Faisal Saudi. 

4. Al Qardhawi menulis 120 buah buku akademik sepanjang hayatnya. Di antara yang masyhur dan menjadi rujukan dunia ialah Fiqh Zakat, Fiqh Jihad, Fiqh Kenegaraan, Fiqh Kesederhanaan dan Halal Haram dalam Islam. Rancangan televisyen beliau di TV Al Jazeera berkait Syariah dan Kehidupan ditonton oleh 40 hingga 60 juta orang di seluruh dunia.

5. Di peringkat antarabangsa pula, beliau mengasaskan Kesatuan Ulama-Ulama Islam Se-dunia dan menjadi pengerusinya selama 14 tahun. Beliau juga menubuhkan Majlis Fatwa Eropah pada tahun 1997 yang berjasa besar dalam mengeluarkan fatwa-fatwa sebagai panduan kepada minoriti Muslim yang berada di benua tersebut. 

6. Ketika remajanya, beliau pernah mengikuti siri-siri syarahan pengasas pertubuhan Ikhwanul Muslimin Syed Hasan Al Banna. Penglibatan beliau dengan gerakan tersebut menyebabkan beliau pernah di penjara di usia mudanya sebanyak 4 kali iaitu sekali di zaman Raja Farouk dan 3 kali di bawah pentadbiran Presiden Jamal Abdul Naser. 

7. Pengaruh beliau yang besar dan mengancam pemerintah diktator Mesir menyebabkan beliau tidak dibenarkan untuk pulang ke Mesir selama hampir 50 tahun sehinggalah Hosni Mubarak digulingkan dalam revolusi Arab Spring pada tahun 2011. Hanya beberapa hari selepas kejayaan revolusi tersebut, Qardhawi pulang ke Mesir buat kali pertamanya dan memberi ucapan di hadapan jutaan rakyat Mesir yang masih berhimpun di Dataran Tahrir. Ia menjadi detik bersejarah apabila solat jumaat terbesar di dataran tersebut yang beliau imamkan turut dihadiri oleh ribuan penganut agama Kristian yang berkhidmat membantu menjaga keselamatan orang Islam yang bersolat. 

8. Apabila kerajaan demokratik Morsi digulingkan oleh tentera pada tahun 2013, Qardhawi kembali disenaraikan sebagai pengganas oleh kerajaan tentera Mesir. Malah nama beliau dihantar kepada Interpol untuk ditangkap bagi dibicarakan atas tuduhan yang tidak wujud. Kes beliau dibicarakan di mahkamah tentera Mesir tanpa kehadiran beliau dan Mesir menjatuhkan hukuman mati pada tahun 2015 terhadap Al Qardhawi. 

9. Malah anak perempuan beliau Ula Qardhawi dan menantunya telah ditangkap oleh pihak Mesir pada tahun 2017 dan dipenjarakan walaupun tidak ada sebarang keputusan mahkamah dibuat. Namun selepas 4 tahun di penjara, Ula telah dibebaskan selepas pendakwa gagal membuktikan sebarang pertuduhan terhadap beliau. 

10. Pada tahun 2017, Arab Saudi pula menyenaraikan Qardhawi sebagai pengganas. Beliau tidak dibenarkan memasuki Saudi untuk menunaikan umrah dan haji serta namanya sekali lagi dihantar ke Interpol sebagai individu dikehendaki. Dalam tuntutan 4 negara yang diketuai oleh Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain ketika mengenakan sekatan terhadap Qatar, keempat empat negara menuntut Qatar menghalau keluar Qardhawi dari negara tersebut. Namun ia tidak diterima oleh Qatar.

11. Semalam Professor Dr Yusuf Al Qardhawi telah meninggal dunia buat selama-lamanya di usia 96 tahun. Walaupun dimusuhi oleh beberapa negara, tetapi beliau pergi meninggalkan jutaan anak murid yang belajar secara langsung dengan beliau, atau menjadi penonton di rancangan TV beliau. Walaupun jasadnya sudah tidak ada, khazanah ilmu beliau berupa lebih 100 kitab-kitab kekal akan menjadi rujukan zaman berzaman. 

12. Pengajaran bermakna untuk kita ialah, siapapun asalnya kita walaupun daripada keluarga yang miskin tidak menjadi halangan untuk berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan. Qardhawi telah buktikan sebagai anak yatim dari keluarga miskin, beliau telah menjadi tokoh akademik dunia sehingga pernah disenaraikan oleh Majalah Foreign Policy sebagai Top 20 tokoh akademik paling berpengaruh di dunia. 

13. Keduanya, keilmuan dan keberanian dalam mengangkat kebenaran tidak boleh dipisahkan. Qardhawi memilih untuk berkata benar terhadap pemerintah sehingga beliau dimusuhi, dipenjarakan, dihalau keluar dari tanah air sendiri, malah dihukum bunuh. Namun, disebabkan 'keberanian' mengangkat kebenaran itulah menyebabkan pengaruhnya, ilmunya dan kitab-kitabnya menjadi rujukan dan ikutan kepada jutaan manusia. 

14. Ia pengajaran cukup bermakna untuk kita. Sama-samalah kita doakan setinggi keampunan buat beliau serta ditempatkan bersama hamba hamba yang soleh.

CnP

---------------------------------------------------------------------------

Siapa Yusuf Al-Qaradhawi ulama yang sering dipenjara?

KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA

Seluruh umat Islam menangisi pemergian Ulama hebat ini. Saya secara peribadi menganggap beliau sebagai tokoh intelektual Islam di era moden ini yang pandangannya sangat terbuka atau moderate.

Lima buku yang dikatakan wajib disimpan di setiap rumah karya agung beliau ialah Halal dan Haram Dalam Islam, Fatwa Kontemporari,  Fiqh Keutamaan,  Fiqh Jihad dan Fiqh Hiburan dan Rekreasi… jadi mari kita kenali siapa insan hebat ini.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab pada 9 September 1926. Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al Qur’an. Menamatkan pendidikan di Ma’had Thantha dan Ma’had Tsanawiz.

Qaradhawi kemudian melanjutkan studynya ke Universiti Al Azhar, Fakulti Ushuluddin dan tamat pelajaran di situ pada tahun 1952. Gelaran doktornya diperolehi pada tahun 1972 dgn disertasi “Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan” yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. 

Apa maksud disertasi? Disertasi dari segi metodologinya lebih teliti atau terperinci berbanding tesis. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat dengan nuansa modern.

Kenapa Qaradhawi lewat meraih gelar doktor? Beliau terpaksa meninggalkan Mesir akibat kejamnya rejim yang berkuasa saat itu. Beliau terpaksa menuju ke Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar. 

Pada masa yang sama beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Beliau mendapat kewarganegaraan Qatar dan memilih untuk tinggal di Doha.

Dalam perjalanan hidupnya, Qaradhawi pernah pernah dipenjara sejak masa muda lagi. Di Mesir ketika berusia 23 tahun (1949) beliau dipenjarakan oleh Raja Faruk kerana penglibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin

Pada April tahun 1956 beliau sekali lagi ditangkap di saat terjadi Revolusi Juni di Mesir. Bulan Oktober, kembali beliau ke penjara selama dua tahun.

Qaradhawi terkenal dgn khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalek. Alasannya khutbah Qaradhawi mencipta pandangan umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.

Qaradhawi memiliki tujuh org anak, empat perempuan dan tiga lelaki. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing.

Anak perempuan sulungnya memperolehi Doktor Falsafah dalam bidang nuklear. Anak perempuan keduanya memperoleh gelaran Doktor Falsafah dalam bidang kimia, anak perempuan ketiganya masih belajar. Anak perempuan keempatnya telah menyelesaikan pembelajarannya di Universiti, Texas Amerika.

Manakala anak lelakinya sulungnya mengambil bidang teknik elektro di Amerika, anak lelaki keduanya belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan anak lelaki bongsu pula telah tamat kuliah di Fakulti Teknik Jurusan Elektrik.

Sebab itulah Qaradhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembahagian ilmu antara agama dan moden. Baginya ilmu Islamik dan moden terserah bagaimana seseorang melihat dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu menurut Qaradhawi telah menghambat kemajuan umat Islam. 

Yusuf Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yang unik. Keunikan dan keistimewaanya kerana cara atau metodologinya dlm menyampaikan risalah Islam.

Lantaran metodologinya itulah beliau mudah diterima di kalangan dunia barat sebagai seorang pemikir yang selalu menampilkan Islam secara ramah, santun dan moderate. Sebanyak 125 buku telah beliau tulis.

Selain itu Qardhawi tidak berasa malu berbeza pendapat dengan senior-seniornya dalam pergerakan Islam seperti Sayyid Quthb, antara tokoh utama gerakan Islam moden Ikhwanul Muslimin. 

Qardhawi berani mengkritik pemikiran Sayyid Quthb dalam bukunya yangg amat popular "Ma'alim Fii al-Thariiq" (Papan Tanda Sepanjang Jalan). Bagi Qardhawi, perbezaan pendapat adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk dihalang.

Ini kerana selama terdapat sebab-sebab yang membolehkannya, maka perbezaan itu tidak akan pernah berakhir. Malah beliau berpendapat, sikap taksub yang terdapat pada sesetengah umat Islam, sering menimbulkan suasana yang tidak tenteram dan merugikan umat Islam sendiri. 

Kata beliau ia kerana masing-masing dengan penuh semangat mempertahankan pendapat masing-masing dan menganggap pendapat merekalah yang paling benar. Benar Sheikh…Al Fatihah.

---------------------------------------------------------------------------

Semoga Allah merahmati Allahyarham. Perginya tokoh ilmu yang banyak berjasa.

Sebagai seorang ahli fiqh, beliau telah menulis beberapa buah kitab yang terkenal seperti berikut :

1. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), al-Maktab al-Islami, Beirut, 1980.
2. Fatawa Mu’asarah, 2 jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar al-Wafa’, Kaherah., 1993
3. Al-Ijtihad fi al-Shari’at al-Islamiah, (Ijtihad dalam syariat Islam), Dar al-Qalam, Kuwait,1996
4. Madkhal li Dirasat al-Shari’at al-Islamiah, (Pengenalan Pengajian syariat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
5. Min Fiqh al-Dawlah al-Islamiah, (Fiqh Kenegaraan), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997
6. Nahw Fiqh Taysir, ( Ke arah fiqh yang Mudah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
7. Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, (Fatwa-fatwa antara Kejituan dan Pencerobohan), Dar al-Sahwah,Kaherah,1992
8. Al-Fiqh al-Islami bayn al-Asalah wa al-Tajdid, (Fikah Islam antara ketulenan dan Pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
9. Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Syari’ah al-Islamiah (Faktor-Faktor kelenturan dalam syariah Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
10. Al-Ijtihad al-Mu’asir bayn al-Indibat wa al-Infirat, (Ijtihad Semasa antara kejituan dan kecuaian), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah,1994
11. Fiqh al-Siyam, ( Hukum Tentang Puasa), Dar al-Wafa’, Kaherah,1991
12. Fiqh al-Taharah, (Hukunm Tentang Kebersihan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2002
13. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa (Hukum Tentang Nyayian dan Muzik ), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
14. Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah, ( Fiqh minoriti Muslim) Dar l-Shuruq, Kaherah, 2001

2. Ekonomi Islam

15. Fiqh al-Zakat 2 Juzuk (Fikah Tentang Zakat), Muasassah al-Risalah, Beirut,
16. Mushkilat al-Faqr wa kayfa Alajaha al-Islam, (Masalah kefakiran dan bagaimana Islam mengatasinya),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1980
17. Bay’u al-Murabahah li al-Amri bi al-Shira; (Sistem jual beli al-Murabah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1987
18. Fawa’id al-Bunuk Hiya al-Riba al-Haram, (Faedah bank itulah yang diharamkan), Dar al-Wafa’, Kaherah,1990
19. Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, (Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
20. Dur al-Zakat fi alaj al-Musykilat al-Iqtisadiyyah, (Peranan zakat dalam Mengatasi Masalah ekonomi), Dar al-Shuruq, kaherah, 2001

3. Pengetahuan tentang al-Quran dan al-Sunnah.

Al-imam juga melalukan kajian mengenai al-Quran dan al-Sunnah terutama dalam memahami metodologi, car berinteraksi dan membetulkan kefahaman mengenai al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang ini beliau telah menulis :

21. Al-Aql wa al-Ilm fi al-Quran, ( Akal dan Ilmu dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
22. Al-Sabru fi al-Quran, (Sabar dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1989
23. Tafsir Surah al-Ra’d, (Tafsir surah Ra’d), Dar al-Bashir, Kaherah,1996,
24. Kayfa Nata’amal ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, (Bagaimana berinteraksi dengan sunnah), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2000
25. Madkhal li Dirasat al-Sunnah, (Pengantar mempelajari sunnah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
26. Kayfa Nata’amal ma’a al-Quran, ( Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran), Dar al-Shuruq, Kaherah,1999
27. Al-Muntaqa min al-Taghib wa al-Tarhib ( hadith-hadith terpilih mengeni berit gembira dn peringatan), Dar al-Wafa, Kaherah, 1993
28. Al-Sunnah Masdaran li al-Ma’rifah wa al-Hadarah, (Sunnah sebagai sumber pengetahuan dan tamadun), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997

4. Akidah Islam

Mengenai persoalan tauhid, al-Imam al-Qaradawi telah menulis beberapa buah buku :

29. Wujud Allah, (Adanya Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1990
30. Haqiqat al-Tawhid, (Hakikat Tauhid), Maktabah Wahbah, Kaherah,19
31. Mawqif al-Islam min al-Ilham wa al-Ksh wa al-Ru’a wa Min al-Kananah w al-Tarna’im wa al-Ruqa. ( Posisi Islam mengenai Ilham, kasyaf, mimpi, ramalan, pencegah kemalangan dan jampi), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
32. Iman bi Qadr, (Keimanan kepada Qadar), Maktabah Wahbah, Kaherah,

5. Dakwah dan Pendidikan

Al-Imam al-Qaradawi juga merupakan seorang juru dakwah yang penuh semangat. Dalam bidang ini beliau telah menulis buku-buku terkenal :

33. Thaqafat al-Da’iyyah, (Wawssan Seorang juru dakwah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
34. Al-Tarbiah al-Islamiah wa Madrasah Hassan al-Banna,, ( Pendidikan Islam dan ajaran Hassan al-Banna), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
35. Al-Rasul wa al-Ilmi, ( Rasul dan Ilmu), Muasassah al-Risalah, Beirut, 1991
36. Al-Waqt fi Hayat al-Muslim (Waktu dalam kehidupan seorang Muslim), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1991
37. Risalat al-Azhar bayn al-Ams al-Yawmi wa al-Ghad, ( Risalah al-Azhar antara semalm, hari ini dan besok), Maktabah Wahbah, Kaherah,1984
38. Al-Ikhwan al-Muslimun sab’in Amman fi al-Da’wah wa al-Tarbiyyah, (Ikhwan al-Muslimun selama 70 tahun dalam dakwah dan Pendidikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999

6. Kepastian mengatasi Masalah dengan cara Islam

Menurut pandangan al-Imam al-Qaradawi, Islam adalah suatu kepastian yang wajib diikuti untuk mengatasi semua masalah yang kita hadapi. Tidak ada suatu sistem yang dapat mengatasi persoalan umat keculi Islam. Malah apa-apa sistem selain Islam hanya akan menambahkan luka parah yang sudah di alami umat. Mengenai masalah ini beliau telah menulis :

39. Al-Hulul al-Mustwaradah wa Kayfa janat ‘ala Ummaatina, (Penyelesaian Import : bagaimana ia Menghentam Umat kita), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
40. Al-Hall al-Islami faridatan wa daruratan (Mengatasi masalah dengan cara Islam adalah suatu kewajipan dan kepastian), Maktabah Wahbah, Kaherah,1987
41. .Bayinat al-hall al-Islami wa Syubuhat al-Ilmaniyyin wa al-Mustaqhribin, (Penjelasan mengatasi masalah dengan cara Islam dan tuduhan orang Barat dan pengnut sekular), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1988
42. ‘Ada’ al-hall al-Islami, (Musuh-musuh dalam penyelesaian cara Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000

7. Tokoh Islam

Al-Imam al-Qaradawi juga menulis beberapa buah buku tentang sejarah hidup para tokoh :

43. Al-Imam al-Ghazali bayn Madihi wa Naqidihi, (Imam al-Ghazali antara para pemuja dan pengkritiknya). Dar al-Wafa’, Kaherah,1988
44. Al-Shaykh al-Ghazali Kama Araftuhu Khilala Nisf al-Qarn (Syeikh al-Ghazali seperti yang saya kenal selama setengah abad), Dar al-Wafa’, Kaherah,1995
45. Nisa Mu’minat, (Para Wanita Beriman), Maktabah Wahbah, Kaherah,1979
46. Abu Hasan al-Nadwi Kama ‘Araftuh, , (Abu Hassan al-Nadwi seperti yang saya kenal) Dar al-Fikr, Beirut, 2001
47. Fi Wada’ al-‘A’lam (Memperingati Pemergian Tokoh-Tokoh), Dar al-fikr, Beirut, 2003

8. Dalam bidang Akhlak berdasarkan al-quran dan al-sunnah

48. Al-Hayat al-Rabbaniah wa al-‘Ilm, (Kehidupan Rabbani dan Ilmu), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995.
49. Al-Niyat wa al-Ikhlas (Niat dan Keikhlasan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
50. Al-Tawakkal (Bertawakal kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
51. Al-Tawbah ila Allah ( Taubat kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000

9. Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam yng sedang rancak dan merebak ke seluruh duni kebelangkangn ini juga menjadi perhatian al-Imam al-Qaradawi. Beliau adalah seorang tokoh aktivis yang sering memberikan gagasan-gagasan yang meluruskan hala-tuju gerakan kebangkitan Islam pada jalan tengah dan mencakupi hampir semua permasalahan umat. Tulisan beliau dalam persoalan ini menyeluruh, mendalam dan bersesuaian dengan realiti semasa. Al-imam Al-Qaradawi dalam masalah ini telah menulis beberapa buah buku yang terkenal :

52. Al-Sahwah al-Islamiah Bayn al-Juhud wa al-Tatarruf (Kebangkitan Islm antara penolakn dn sikap ekstrim), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1992
53. Al-Sahwah al-Islamiah bayn al-Ikhtilaf al-Mashru’ wa al-Tafaruq al-Madzmum, (Kebangkitan Islam antara perbezaan pendapat yang dibolehkan dan perpecahn yang tercela), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1991
54. Al-Sahwah al-Islamiah wa Humum al-Watan al-Arabi (Kebangkitan Islam dan keresahan negara-negara Arab), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
55. Min Ajli Sahwah rashidah Tujaddid al-Din wa Tanhad bi Dunya (Untuk mencapai kebangkitan yng sedar, yang membaharui agama dan membaiki dunia), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995
56. Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah (Keutamaan gerakan Islam pada masa depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
57. Fi Fiqh al-Awlawiyyat (Fikah Memahami keutamaan-keutamaan), Maktabnah Wahbah, Kaherah,2000
58. Al-Islam wa al-Ilmaniyyah wajhan li wajhin (Islam dn sekularisme secara berdepan), Maktabah Wahbah, kaherah,1997
59. Ayna al-Khalal? (Di manakah kesalahannya?), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1985
60. Al-Syariat al-Islamiah Solihah li tatbiq fi Kulli Zaman wa makan ( Syariat Islam sesuai dilaksana setiap masa dan tempat), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
61. Al-Ummah al-Islamiyyah haqiqatun la wahm (Umat Islam adalah suatu hakikat dan bukan khyalan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
62. Al-Thaqafah al-Islamiyyah bayn al-Asalah wa al-Mu’asarah (Pengetahuan Islam antara ketulenan dn pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
63. Ghair al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islam (Orang Bukan Islam dalam masyrakat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1992
64. Al-Muslimun wa al-Aulamah, (Kaum Muslim dan globalisasi), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah, 2000
65. Al-Islam wa Hadarah al-ghad (Islam Tamadun Masa Depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
66. Al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajahat al-Islam, (Ektremis Sekular dalam Menghadapi Islam), Andalusiah li Nashr,Kaherah, 2000
67. Al-Sahwah al-Islamiah min al-Murahaqah ila al-Rusyd, (Kebangkitan Islam dari transisi kepada panduan), Dar al-Shuruq, Kaherah,2002

10. Penyatuan fikrah bagi Petugas Islam

Al-Imam al-Qaradawi jug menulis buku mengenai asas –asas yng diperlukan bagi petugas Islam dengn mengambil kira sas pendidka yang telah ditetapkn oleh Hassan al-banna. Antaranya ialah :

68. Syumul al-Islam (Kesempurnaan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
69. Al-Marji’yyat al-Ulya fi al-Islam al-Quran wa al-Sunnah (Sumber rujukan tertinggi dalam Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah),Muasassah al-Risalah, Beirut,1993
70. al-Siyasah al-Syar’iyyah fi daw’ nusus al-Shari’at wa Maqasiduha (siyasah syar’iyyah menurut syariat dan matlamatnya), Maktabah Wahbah, Kaherah,
71. Kayfa Nata’amal Ma’a al-Turath (Bagaimana Berinteraksi dengan Buku-buku klasik), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
72. Nahw Fiqh Muyassar mu’asirah, Maktabah Wahbah, Kaherah,1999

11. Kefahaman Islam

Al-Imam al-Qaradawi juga menulis tentang kefahaman Islam dengan pendekatan yang mudah dan jelas. Antaranya ialah :

73. Al-Iman wa al-Hayat (Iman dan Kehidupan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990
74. Al-Ibadat fi al-Islam (Ibadat dalam Islam), Maktabah Wahbah,Kaherah,1985
75. Al-Khasas’is al-Ammah li al-Islam (Keistimewaan Agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1989
76. Madkhal li Ma’rifah al-Islam, (Pengantar Mengenali agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
77. Al-Nass wa al-Haq ( Manusia dan Kebenaran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
78. Jil al-Nasr al-Mansyud (Generasi Kemenangan yang dinantikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1998
79. Durus al-Nakbah al-Thaniah (Pengajaran mengenai musibah kedua), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
80. Khatab al-Shaykh al-Qaradawi 5 jilid (Khutbah Syeikh al-Qaradawi),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
81. Liqaat wa Muhwarat hawla Qadaya al-Islam wa al-‘Asr (Perbincangan tentang permasalahan Islam dan semasa), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
82. Qadaya Mua’sarah ala basat al-Bahth (Kajian mengenai permasalan semasa)
83. Ri’ayah al-bai’ah fi Syari’at al-Islam (Memelihara alam Sekitar Menurut Syariat Islam), Dar al-Shuruq, Kaherah,2001

12. Bidang Kesusasteran dan syair

84. Nafahat wa Lafahat (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah.
85. al-Muslimun Qadimun (Orang Muslim Maju) (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah,
86. Yusuf al-Sadiq, (Nabi Allah Yusuf) (Drama), Maktabah Wahbah, Kaherah,
87. Alim wa Taghiyyat , (Golongan Ulamak dan Golongan Pelampau)( Drama),Maktabah Wahbah, 1998

13. Risalah Kecil Mengenai Kebangkitan Islam

88. Al-Din fi ‘Asr al-‘Ilm (Agama dalam dunia Ilmu Pengetahuan). Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
89. Al-Islam wa al-Fann (Islam dan Kesenian), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
90. Al-Niqab al-Mar’ah ( Pemakaian tudung bagi wanita), Maktabah Wahbah Kaherah, 1996
91. Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiah (Kedudukan wanita dalam kehidupan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
92. Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (Fatwa-fatwa tentang wanita Muslimah, Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
93. Jarimah al-riddah (Jenayah Murtad), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
94. Al-Aqaliiyyat al-Diniyyat wa hulli al-Islami ( Minoriti agama dan Penyelesaian Islam, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
95. Al-Mubasyirat bintisar al-Islamiah (Berita Kemenangan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
96. Mustaqbal Usuliyyah al-Islamiah (Masa Depan golongan fanatik Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1997
97. Al-Quds Qadiyah likulli al-Muslim (Quddus tanggungjawab setiap muslim), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
98. Hajat al-Basyariah ila al-Risalah al-Hadariah li Ummatina (Keperluan Manusia kepada risalah ketamdunan kita), Maktabah Wahbah, Kaherah, Kaherah, 2000
99. Fatawa min ajli Palastin, (Fatwa-fatwa tentang Palestin), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2003
100. Zahirah al-Ghulu fi Takfir (Fanatik dalam Mengkafir), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990

Kumpulan Ceramah-Ceramah Yusuf al-Qaradawi

101. al-Sunnah wa al-Bid’ah, (Sunnah dan Bidah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
102. Zawaj al-Maysar, haqiqat wa Hukm, (Perkahwinan Maysar hakikat dan hokum), Maktabah Wahbah, 1999
100.Dawabit al-Shar’iyyah libina’ al-Masajid, (prinsip syariat dalam Membina masjid), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
101.Mawqif al-Islam al-Aqdi min kufr al-Yahudi wa al-Nasara, (Pendirian islam terhadp perjanjian dengan Yahudi dan Nasr), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
102.Al-Juwaini Imam al-Haramain, (Juwaini Imam Haramain), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000
103.Al-Istishaq wa al-Tubna fi Shari’at al-Islamiah, (Penamaan dalam Syari’at Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,
104.Umar ibn Abdul Aziz, (Umar bin Abdul Aziz), Maktabah Wahbah, 2001
105.Likay Tanjaha Muasassah al-Zakat, (Semoga Institusi zakat Berjaya), Muasassah al-Risalah, Beirut,1994,

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...