Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 4 October 2022

04 OKTOBER 2006 PERASMIAN PUSAT ANGKASA NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 2006, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan Pusat Angkasa Negara di Sungai Lang, Banting, Selangor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Datuk Dr Mazlan Othman. Pembinaan Pusat Angkasa ini telah dilaksanakan di atas tapak tanah berkeluasan 162 hektar dan dilengkapi dengan makmal canggih bagi membantu kerja reka bentuk, pembinaan kalibrasi, integrasi dan ujian sistem setelit, teknologi pelancaran, sistem kendalian dan kawalan serta muatan satelit.

Secara keseluruhannya pembinaannya telah dilakukan secara berperingkat sejak tahun 2004. Tindakan memberi tumpuan kepada teknologi angkasa ini merupakan satu langkah strategik dalam menentukan kemajuan bangsa dan negara ini pada masa akan datang. Sesungguhnya berasaskan kepada usaha negara sejak tahun 1970an komitmen dalam memajukan teknologi angkasa pada hari ini boleh dianggap telah mencapat tahap yang membanggakan.

#arkibnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

04 SEPTEMBER 2006 PROGRAM ANGKASAWAN NEGARA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...