Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 24 October 2022

24 OKTOBER 1970 PERASMIAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA DI PETALING JAYA

Pada hari ini dalam tahun 1970, Institut Kemahiran MARA, Petaling Jaya dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Encik Abdul Ghafar bin Baba. Institut ini adalah antara yang terawal dibina bagi memberi latihan kemahiran kepada belia-belia bumiputera. Antara bidang kemahiran yang terdapat di institut ini ialah :-

  • pertukangan, 
  • jahitan, 
  • membaiki tv, radio dan sebagainya. 
Menurut Encik Abdul Ghafar bin Baba di bawah Rancangan Malaysia Kedua, tiga buah lagi institut kemahiran dibina bagi menampung keperluan latihan kemahiran kepada para belia.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi MARA menyatakan bilangan belia-belia bumiputera yang diberi latihan sehingga kini hanya 4.4% daripada keperluan tenaga manusia di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Dengan perasmian Institut Kemahiran MARA, Petaling Jaya memberi erti yang besar terhadap peningkatan usaha kerajaan dala memberi dan meningkatkan latihan kemahiran kepada belia-belia Malaysia.

#hariinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02qEnGC8vdkZZnS9JqSn5ZhqnmgaQh4AtUW2ZT1yckjBVRpDbgmJ2dZosD8o4Jnp7cl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

14 OKTOBER 1967 PERLETAKAN BATU ASAS PEMBINAAN KAMPUS INSTITUT TEKNOLOGI MARA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/14-oktober-1967-perletakan-batu-asas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...