Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 1 October 2022

30 SEPTEMBER 1972 PELANCARAN PERKHIDMATAN PENERBANGAN (MAS)

 

PERKHIDMATAN PENERBANGAN SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS)

30 September 1972 – Perkhidmatan Penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah dilancarkan dengan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang oleh Pemangku Perdana Menteri Tun Dr. Ismail pada tahun 1972. Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Perhubungan Tan Sri Sardon Jubir dan Pengerusi MAS Encik G.K. Rama Iyer.

Dengan pelancaran tersebut kapal terbang MAS akan memulakan operasinya pada 1 Oktober 1972 dengan lebih 20 penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dengan menggunakan lambang ‘Wau Bulan’. Walaupun MAS syarikat yang baru muncul tetapi ianya mempunyai warisan sejarah yang cemerlang daripada syarikat MSA yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan penerbangan.

MAS bukan sahaja menjadi jambatan yang menghubungkan antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur tetapi juga menghubungkan Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. Sistem Penerbangan MAS sebagai ‘National Flag Carrier’ diharapkan dapat berkembang dengan lebih pesat membawa misi dan harapan rakyat Malaysia ke arah hubungan ekonomi dan sosial dengan dunia luar.

Pelancaran perkhidmatan penerbangan MAS pada hari ini dalam tahun 1972 diharap dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan udara di negara ini sebagai sebuah syarikat penerbangan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

30 SEPTEMBER 1965 PENUBUHAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...