Pada hari ini dalam tahun 2000, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Perayaan Jubli Emas RIDA-MARA dengan tema MARA Menjana Kemajuan Bangsa, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Penubuhan Rural and Industrial Development Authority (RIDA) pada Julai 1950 dan disusun semula menjadi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966, di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah Badan Berkanun, amat bertepatan dan selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin memajukan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.
Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 warga MARA turut menyaksikan Pengarah UiTM yang pertama, Tan Sri Arshad Ayob, diumum sebagai tokoh RIDA-MARA. Sesungguhnya, sejak penubuhannya, MARA telah banyak menyumbang kepada peningkatan prestasi Bumiputera dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
#hariinidalamsejarah
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment