Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 29 November 2022

23 NOVEMBER 2001 KEMANGKATAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

 

Semalam genap 21 tahun kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang ke-8. Almarhum mangkat pada pukul 11.57 pagi, 21 November 2001 bersamaan 5 Ramadan 1422H di Kuala Lumpur pada usia 75 tahun.

Ketika mangkat, Almarhum adalah Yang di-Pertuan Agong ke-11. Almarhum diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat. Almarhum dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950. Almarhum pernah menyertai latihan Askar Melayu Diraja di Port Dickson pada tahun 1952, ditauliahkan dengan pangkat Kapten.

Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-8 pada 3 September 1960, dilantik sebagai Kolonel Yang di-Pertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 1966. Pada tahun 1984, Almarhum dilantik sebagai Kepten Yang di-Pertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebagai Sultan, Almarhum seringkali melawat ke kampung-kampung di sekitar negeri Selangor termasuk di Pulau Lumut (kini Pulau Indah) dengan menaiki basikal.

Almarhum adalah Canselor Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dari tahun 1977 sehingga 1993. Pada 23 September 1999, Almarhum ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah~

Sumber : Selangor Royal Office

Koleksi gambar-gambar penuh di sini :-


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

23 SEPTEMBER 1999 ISTIADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR SEBAGAI YDPA KE 11


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/23-september-1999-istiadat-pertabalan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...