Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 10 December 2022

05 DISEMBER 1966 MAJLIS PERASMIAN PUSAT URUSAN REKOD ARKIB NEGARA MALAYSIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1966, Majlis Perasmian Pusat Urusan Rekod, Arkib Negara Malaysia disempurnakan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya, Selangor. Pusat Urusan Rekod yang dibina dengan kos sebanyak $373,000 ringgit ini bertujuan untuk menyimpan dan memelihara rekod-rekod kerajaan yang bernilai kekal. Bangunan baru yang telah dibina khas dengan kelengkapan yang moden dan mempunyai ciri-ciri untuk menyimpan rekod-rekod ini telah siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun 1965. 

Matlamat utama Pusat Rekod ini ialah untuk menyimpan dan memelihara rekod-rekod kerajaan yang bernilai kekal dan juga sementara serta membantu jabatan-jabatan kerajaan di dalam usaha untuk menjimatkan perbelanjaan dalam urusan penyimpanan rekod-rekod. Ketika berucap pada upacara perasmian yang telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang ini, Tun Abdul Razak menyatakan perasaan sukacita ke atas langkah yang diambil oleh Arkib Negara untuk memberi makna yang penuh kepada dasar kerajaan agar dapat melicin serta memperbaiki perjalanan pentadbiran kerajaan. 

Beliau juga menyeru kepada ketua-ketua jabatan untuk mengambil langkah dengan seberapa segera untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Pusat Urusan Rekod ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

27 NOVEMBER 1973 PUSAT KONTENA PELABUHAN KLANG


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/27-november-1973-pusat-kontena.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...