Pada hari ini dalam tahun 1982, Perdana Menteri, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Asas Muzium Sejarah Negeri Melaka di Bangunan Stadhuys. Bangunan Stadhuys dipilih sebagai tapak Muzium Sejarah Negeri Melaka kerana sejarah silamnya yang menarik. Bangunan yang terletak di sekitar Bukit St. Paul ini pernah menjadi pusat pemerintahan penjajah Belanda dalam kurun ke 17. Muzium Sejarah ini bukan sahaja akan menjadi elemen sejarah malah sebagai Muzium terbuka untuk tujuan penyelidikan.
Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa pembinaan Muzium Sejarah Negeri Melaka ini kena pada tempatnya kerana sejarah silam Melaka yang mengkagumkan. Ia boleh dijadikan daya tarikan pelancong ke Melaka. Tidak syak lagi perasmian asas Muzium Sejarah Negeri Melaka di bangunan Stadhuys ini bukan sahaja dapat mengimbas kembali Sejarah Melaka tetapi juga sebagai daya tarikan pelancong untuk melawat Melaka.
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment