Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 29 December 2022

23 DISEMBER 1905 SISTEM KERETAPI ELEKTRIK YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

Pada hari ini dalam tahun 1905, pihak Suruhanjaya Bandaran Pulau Pinang telah mencuba penggunaan sistem keretapi eletrik yang pertama di Pulau Pinang. Sebenarnya sejarah perkhidmatan keretapi di Pulau Pinang telah bermula sejak tahun 1880 lagi, iaitu apabila Penang Steam Trainways Company memperkenalkan sistem keretapi wap di antara Air Itam dan Waterfall. Walau bagaimanapun Ken Stuart’s Penang Steam Trainways Limited yang menguasainya dalam tahun 1900 telah melelongnya pada bulan Mei 1900.

Pihak kerajaan Negeri terpaksa membeli sistem keretapi wap ini untuk kepentingan rakyat.Kerja-kerja pengurusan seterusnya diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Bandaran.Mulai April 1904, pihak Suruhanjaya Bandaran yang mendapat pinjaman daripada Kerajaan Negeri sebanyak $40,000 dollar menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian landasan dan lokomotif untuk membolehkan penggunaan kuasa eletrik.Seterusnya pada hari ini dalam tahun 1905, sistem keretapi eletrik yang pertama di Pulau Pinang juga di Tanah Melayu telah diperkenalkan. 

Manakala perkhidmatan penumpang keretapi eletrik bermula pada 1 Januari 1906 di laluan sepanjang 4 km antara Penjara dan Jeti.


Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain :-

03 DISEMBER 1896 PENGUMUMAN UNDANG-UNDANG NILAI MATA WANG KERTAS


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...