Pada hari ini dalam tahun 1999, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Duit Syiling Emas Peringatan Tahun 2000 sempena Alaf Baru di Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyatakan penghasilan syiling emas adalah tepat pada masanya sebagai tanda memperingati kedatangan alaf baru. Duit syiling keluaran Bank Negara ini, diperbuat daripada emas tulen 999.9 seberat 25 gram dan mempunyai nilai muka RM500 dijual pada harga RM2000 sekeping.
Permukaan syiling emas ini bermotifkan sirih junjung, lambang globe dan neutron serta tulisan jawi iaitu ‘Menuju Kegemilangan Abad Ke-21’. Bekas syiling pula diukir dengan awan larat yang berkerawang dan replika kijang zaman Kesultanan Melayu Kelantan. Sesungguhnya pelancaran syiling emas ini mencerminkan kesinambungan dan keseimbangan dalam memelihara nilai budaya tradisional seiring dengan perkembangan teknologi moden.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment