Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 29 December 2022

24 DISEMBER 1945 KESATUAN MELAYU PULAU PINANG MENENTANG MALAYAN UNION

 

24 Disember 1945 – Pada tahun 1945, Kesatuan Melayu Pulau Pinang mengadakan mesyuarat bertujuan menyatakan pendirian menentang cadangan Kesatuan Malaya atau Malayan Union. Mesyuarat ini diadakan di Madrasah Mashhurul Islamiyah Pulau Pinang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua Kesatuan itu, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Haji Yunus. Beberapa ahli Jawatankuasa Kesatuan dan ahli-ahli Kesatuan menghadiri mesyuarat ini.

Dalam mesyuarat ini, Kesatuan Melayu Pulau Pinang dengan sebulat suara menolak cadangan British untuk mewujudkan Malayan Union kerana ianya memberi taraf kerakyatan yang sama rata kepada semua bangsa. Ini akan menghapuskan hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Walau bagaimanapun mereka tidak membangkang jika ada cadangan mewujudkan Kesatuan Negeri-negeri Melayu (United Malay States) yang bermakna hak orang-orang Melayu.

Dengan pendirian yang diambil pada hari ini dalam tahun 1945, maka tentangan terhadap Rancangan Malayan Union telah bertambah dan Kesatuan Melayu Pulau Pinang sendiri mengikut jejak langkah Kesatuan-kesatuan Melayu di negeri-negeri lain menentang Malayan Union.

#Malaya


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

23 DISEMBER 1946 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...