Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 29 December 2022

25 DISEMBER 1941 TENTERA INGGERIS BERUNDUR DARI KUCHING SARAWAK

Pada hari ini dalam tahun 1941, tentera Inggeris berundur dari bandar Kuching, Sarawak setelah bandar itu ditawan oleh tentera Jepun. 15 buah kapal terbang pengebom Jepun mula mengebom Kuching pada 19 Disember 1941. Jepun memasuki Perang Dunia Kedua pada 7 Disember 1941 dan melancarkan serangan serentak ke Asia Tenggara. Di Sarawak, Inggeris memutuskan untuk mempertahankan bandar Kuching dari serangan tentera Jepun. Inggeris mengatur strategi peperangan dengan membinasakan kawasan minyak di Miri dan Seria serta merosakkan Lapangan Terbang Miri. 

Setelah itu mereka bergerak meninggalkan Miri untuk ke Kuching.  Pada 16 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Miri dan Seria dan pada 19 Disember 1941, kapal terbang pengebom Jepun mula menyerang dan mengebom bandar Kuching mengakibatkan kerosakan di bandar itu. Dari Miri, tentera-tentera Jepun terus belayar menuju ke Kuching pada 22 Disember 1941. Inggeris yang gagal mempertahankan bandar Kuching, terpaksa berundur ke Kalimantan Utara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

24 DISEMBER 1941 TENTERA JEPUN MENDARAT DAN MENAKLUKI BANDAR KUCHING


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...