Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 31 December 2022

28 DISEMBER 1978 PELANCARAN TELEVISYEN WARNA MALAYSIA

28 Disember 1978 – Pelancaran televisyen warna Malaysia merupakan satu lagi detik penting dalam sejarah penyiaran Malaysia. Ianya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada tahun 1978.

Majlis bersejarah itu diadakan di Auditorium Besar Angkasapuri. Majlis pelancaran yang dilangsungkan sempena genapnya 15 tahun usia TV Malaysia turut dihadiri beratus-ratus para jemputan termasuk Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua-ketua Perwakilan Asing dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Penerangan.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, beliau berharap Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk mengikis gejala-gejala yang cuba memisahkan perpaduan kaum. Beliau juga dengan memasuki era baru ini TV Malaysia sebagai alat penting dapat memainkan peranan utama untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang cekap, terlatih dan berdisiplin.

Sejarah Awal

Perkhidmatan Televisiyen Malaysia pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang juga Menteri Penerangan pada 28 Disember 1963 . Ia dilangsungkan di Studio sementara Televisyen Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada peringkat awal pelancarannya, ia bersiaran lima setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus daripada rancangan yang disiarkan dibuat secara langsung dari studio manakala selebihnya merupakan filem-filem sumbangan daripada Filem Negara dan lain-lain sumber luar.

Penambahan Rancangan

Pengenalan perkhidmatan televisyen warna Malaysia bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Di samping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat Televisyen, Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.

Perkhidmatan Televisiyen Malaysia kini boleh berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

17 NOVEMBER 1969 PERASMIAN SALURAN KEDUA DAN BANGUNAN TELEVISYEN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...