Pada hari ini dalam tahun 1996, pengeluaran Kereta Proton yang ke sejuta dirasmikan oleh, Perdana Menteri Malaysia ke-4 di kilang Perusahaan Otomobil Nasional Berhad, Shah Alam selepas 11 tahun beroperasi. Proton mengeluarkan kereta nasional yang pertama pada 1985 menerusi satu usaha sama dengan Mitsubishi Motors Corp dari Jepun. Menurut Perdana Menteri, Malaysia terus mencari sumber teknologi dari Barat mahupun Timur bagi mempelajari kaedah memajukan industri pengeluaran kereta bermotor.
Tegasnya, pemindahan teknologi yang diperolehi dari Jepun hasil Dasar Pandang Ke Timur, tidak menyekat Malaysia daripada mempelajari teknologi dari negara lain. Sesungguhnya, pengeluaran kereta yang ke sejuta ini memberi petanda bagi Proton untuk muncul sebagai pengeluar automotif bertaraf dunia untuk memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment