Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 31 December 2022

31 DISEMBER 1889 MESYUARAT PERTAMA MAJLIS NEGERI PAHANG

Pada hari ini dalam tahun 1889, Mesyuarat Pertama Majlis Negeri Pahang telah diadakan. Sebanyak 3 Rang Undang-Undang telah dibentangkan di dalam persidangan yang pertama ini. Rang Undang-undang berkenaan ialah; Peraturan-peraturan Tanah dan Perlombongan; Peraturan Perhambaan dan Peraturan Sistem Kerah. British menganggap ketiga-tiga perkara ini merupakan masalah utama kepada sistem pentadbiran mereka ke atas negeri Pahang.

Jadi untuk menyelesaikan masalah mereka Rang Undang-Undang ini dibentangkan. Peraturan-peraturan Tanah dan Perlombongan (Land and Mining Regulations) dibentangkan oleh pihak British kononnya untuk mengadakan satu sistem pemilikan tanah dan memberikan pengiktirafan ke atas udang-undang tanah yang sedia ada di negeri Pahang. Peraturan ini mewajibkan para pemilik tanah supaya mendaftarkan tanah-tanah milik mereka dan dimestikan membayar cukai hasil ke atas tanah milik mereka. Sistem berkenaan telah membangkitkan penentangan orang-orang Pahang terhadap pemerintah British.

Sementara Peraturan Perhambaan (Slavery Regulations) pula dibentangkan untuk tujuan menghapus sistem berkenaan. Peraturan baru menetapkan supaya hamba-hamba didaftarkan dan tuan-tuan kepada hamba perlu menyediakan sejumlah kecil bayaran untuk mereka. Menurut Pemerintah British Peraturan Kerah (Kerah Regulations) pula bertujuan untuk melindungi orang-orang ramai daripada dipaksa menjalankan tugas-tugas untuk pembesar-pembesar. Mereka dianggap sebagai buruh paksa. Tetapi tujuan di sebaliknya ialah untuk melenyapkan pengaruh-pengaruh pembesar ke atas anak buahnya secara sedikit demi sedikit.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02aS6kvVNhhe5ji1uLEmjz1CeL5RzaZkGtaUksob91AzaKKKVrDaTdzdEz23D15S6pl/?mibextid=Nif5oz

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

30 DISEMBER 1859 SURAT KUASA PUNGUTAN CUKAI KEPADA PEMBESAR PAHANG

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/30-disember-1859-surat-kuasa-pungutan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...