Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 30 September 2024

ABUYA ASHAARI

 


Abuya Ashaari 
Pengasas Al-Arqam

Semenjak isu GISBH ni tular, Insan yang sering disebutkan namanya adalah Abuya ataupun dikenali sebagai Abuya Ashari yakni pengasas kepada Al-Arqam, saya melihat ramai orang yang mencela, menghina dan membuat beliau sebagai bahan jenaka dengan beberapa lagu dan gambar. Termasukalah para pempengaruh dan orang yang bergelar ustaz. 

Saya tidaklah bermaksud ingin memihak kepada beliau Abuya Ashari, tetapi apakah kalian pernah mendengar hadis dari Rasulullah S.A.W. yang berbunyi,

"Janganlah kalian mencela orang yang sudah meninggal dunia, kerana dia telah dapat apa yang dia kerjakan."

Hadis ini jelas larangan khusus dari Rasulullah S.A.W. kepada kita untuk mencela orang yang sudah meninggal dunia. Bukankah hukumnya haram untuk kita mencela dan membuka aib orang tidak kira samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jika tujuannya untuk pendedahan sebagai pengajaran dan kesedaran orang ramai, pada saya ianya tidak mengapa, namun jika untuk menghina, mencela , mengejek dan mempermainkan maka hukumnya haram sama sekali.

Jika orang itu melakukan kesalahan atau dosa sekalipun, serahkan saja kepada Allah kerana setiap pebuatan yang baik mahupun buruk akan mendapat balasan dari Allah. Sesungguhnya orang yang sudah meninggal itu telah kembali ke fitrah, segala urusan dia di dunia telah terputus, jadi berhentilah mencela dan mengumpat orang yang telah tiada.

Logo Darul Al-Arqam Ajaran Sesat Yang Terkenal di Malaysia Pada Suatu Ketika Dahulu

Sebagaimana Firman Allah,

“..dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya". (al-Hujurat:12)

Kadang-kadang, orang yang dicela itu sebenarnya jauh lebih baik daripada yang mencela meskipun pernah melakukan dosa besar sekalipun, kerana taubat yang dilakukannya hanya antara dia dengan Allah yang tahu, jadi hentikanlah jangan terikut² orang lain yang membuka aib, mengumpat dan menghina. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita.

Bagaimana pula jika celaan kita kepadanya atas sesuatu kesalahan yang dia tidak pernah lakukan ? Bukankah dosanya lebih besar yakni fitnah, namun jika ianya benar sekalipun tetap saja ianya menjadi dosa mengumpat. Jadi lebih baik ambil jalan selamat yakni "diam" . Dosa mengumpat dijauhkan dan dosa fitnah pun lagi dijauhkan.

Arwah tu masih ada ramai ahli keluarga yang masih hidup, cuba fikir perasaan ahli keluarganya, ianya pasti menyakitkan hati mereka dan membuat mereka merasa sedih, apakah kalian pernah mendengarkan atau terbaca kisah ini?

Ketika ‘Ikrimah bin Abu Jahal masuk Islam, ramai orang-orang berkata; “Wah!, ini adalah anak musuh Allah, Abu Jahal”. Ucapan ini menyakitkan hati ‘Ikrimah, dan mengadukan perihal tersebut kepada Rasulullah S.A.W, lantas Nabi bersabda: “Janganlah kalian mencela ayahnya kerana mencela orang yang sudah mati akan menyakitkan orang yang masih hidup (keluarganya)”.

Bayangkan apa perasaan ahli keluarganya, mereka mendapat tohmahan, ejekan, hinaan dan bermacam dari masyarakat sekeliling, Islam ni agama yang sempurrna dan agama yang menekankan penjagaan dalam hubungan sesama manusia, Jadi berhentilah ya? Sudahlah ya, kesian pada ahli keluarga arwah. Mencela, mengumpat, membuka aib dan menghina itu semua adalah dosa. Lebih baik kita fokus diri kita yang masih hidup untuk dapatkan husnul khatimah.

Akhir kata, saya ingin kongsikan satu petikan ayat atau kata hikmah dari Imam Hasan Al-Basri : "Aku pernah menemui seseorang yang tidak bercela. Namun setelah ia mencela orang lain, maka orang lain mula menemukan cacatnya. Aku pernah berjumpa dengan seseorang yang memiliki banyak kekurangan. Namun kerana dia diam daripada mencela orang lain, orang lain tidak pernah membicarakan cacatnya.”

Moga bermanfaat buat kalian. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

https://www.facebook.com/share/p/FpU53CDxQ7syXoKE/?mibextid=xfxF2i

Posting Tambahan Lain Yang Berkaitan :-


Kumpulan Ajaran Sesat Darul Al-Arqam. Ajaran Sesat Terawal Di Malaysia? 




Siapakah Abuya?

Perkongsian daripada APHD Channel




Siapa Abuya & Arqam? Sebab Sesat & Diharamkan Di Malaysia 




Perbuatan Sikap Sebenar Isteri Abuya iaitu Ummu Jah telah didedahkan oleh seorang kakitangan yang dilantik sebagai Special Crew. 




No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...