Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 21 December 2024

REVERSI

 

INI BUKAN ULASAN FILEM DARIPADA SAYA

Riversi filem yang mengajar kita untuk menerima Qada’ dan Qadar (takdir).
Percubaan Adrian Teh yang berjaya dalam genre Sci-Fi. Gandingan Beto Kusyairy dan Shiqin Kamal yang mantap, ada chemistry dan natural. Harap lebih banyak produksi filem local menghasilkan filem bergenre Sci-Fi selepas ini.



Ini semua KEGILAAN!

"Reversi main gila" itu sekurang kurangnya berlaku pada aku usai menonton filem ni. Terdiam, termenung jauh, memikirkan apa ringkasan mudah untuk filem yang aku baru tonton ini. Satu lagi buah tangan Sutradara Adrian Teh, Reversi menceritakan kisah seorang lelaki bernama Akid yang mempunyai "kuasa" untuk memutarkan semula masa. 

Dark, slow burn. Aku benci filem ni dalam masa yang sama aku high respect dan suka filem ni. Kebencian aku terhadap filem ni slow slow memakan sebahagian kapasiti otak aku berfikir, membuatkan aku kerimasan dan tak senang duduk, menunggu bilakah filem ni akan habis. Tapi dengan satu 'flip' di hujung filem, pendangan aku terhadap filem ni berubah 180 darjah dan aku terdiam memikirkan tujuan kehidupan aku dan adakah elemen ini yang cuba disampaikan oleh pengarah kali ini?

Semasa pertama kali melihat trailer filem ini, keluar sebelum aku menonton filem Babah, aku agak teruja kerana penilaian awal aku terhadap filem Reversi mengambil idea Dr Strange yang cuba menyelamatkan kekasihnya daripada kemalangan. Hats off bila Malaysia mengambil storyline filem luar dan mengolah dengan cara tersendiri. Kemudiannya, bila hampir filem Reversi dikeluarkan, aku dengar pula filem ni seakan filem About Time dan ekspetasi aku terus merudum, bagi aku terlalu banyak rujukan filem lain yang diambil dan mungkin akan mengacau jalan cerita keseluruhan filem Reversi. Showtime pun agak kurang, adakah filem ni tak dapat sambutan?

Dan tadi bila aku tonton, ekspetasi aku yang rendah bersambung dalam majoriti filem, hingga sampailah 15 minit terakhir filem. Jangkaan aku yang menyatakan filem ini biasa biasa saja atau akan flop, diselamatkan dengan kesimpulan penyelesaian filem yang gila yang tidak dijangka. Selain contoh daripada Dr Strange dan About Time, ada satu lagi filem rujukan dan biarlah pembaca penulisan ini dan bakal penonton Reversi saksikan sendiri nanti.

Sedikit komen, sedikit. Aku suka dengan pertukaran screen menunjukkan waktu waktu yang berbeza, tapi mungkin aku rasa kena banyakkan angle camera. Bila object selalu berada di tengah, filem ni ternampak plain. Dengan sedikit permainan angle camera, aku rasa lagi banyak impak yang boleh diberikan. Semakin lama filem ni berlangsung, filem ini juga menjadi bertambah baik dengan pembaikian angle camera tadi. Daripada klimaks filem hingga ke hujung, emosi penonton diuji dengan pemasalahan yang dihadapi hero dan penyelesaiannya. Beto atau Akid berjaya membawa penonton bersama sama memahami masalahnya dan memahami itu satu satunya cara jalan penyelesaian. Teknik show, dont tell juga berjaya disampaikan dengan baik oleh semua perlakon. 

Bagi aku filem ni wajib ditonton oleh pejuang pejuang depresi, anxiety dan banyak lagi masalah mental health lain yang ditunjuk secara tak langsung dalam filem ini. Untuk memahami cabaran hidup dan syukur berlapang dada terhadap semua perkara, juga pengorbanan diri untuk orang sekeliling, berani untuk menghadapi masa hadapan dan tidak kesal terhadap masa lampau. Aku sempat berteori sendiri, dihujung hayat bila kita ditunjuk segala baik buruk semasa di dunia, apakah itu yang dihadapi Akid dalam filem Reversi ini?

Reversi umpama meniru tapi ubah sikit sikit 3 filem yang lainnya, tapi result akhirnya, Reversi berjaya dapat 'grade' A++, lebih baik daripada ketiga tiga movie tu. Itu mungkin ringkasan mudah daripada aku.

Akhir, rating untuk filem Reversi;
Rating tempatan: 10/10
Rating antarabangsa: 10/10



Reversi Movie Review (Warning Ulasan Panjang, bear with me)

Sebagai peminat filem filem sci-fi dan time travelling aku terpanggil untuk memuji filem yang bagi aku sangatlah well thought of. Aku boleh follow sebiji sebiji apa yang disajikan pengarah, clarity bagi aku kekuatan utama si pengarah. 

Bagi aku sebelum aku tgk jalan cerita, dua criteria yang aku pandang adalah pertama kualiti gambar dan kedua kualiti lakonan. Filem ni maju dgn jayanya dalam kedua dua aspek. Standard gambar yang high kualiti mudah aku nak amik serious menonton filem. Amazing filem cinematography from get go till the end. Repetitive scenes are being shot from different angles jadi rasa refreshing dan tidak redundant kerena bila dah filem time travel mmg akan ada scene yang sama tetapi berulang kali.

Casting mmg solid, dan lakonannya caught me off guard adalah Shiqin Kamal. Beto ni kita tau lakonan dan screen presence beliau mantap dan untuk Shiqin Kamal outshining dalam scene yang ada Beto bagi aku meletakkan filem ini dalam category award worthy. Beto found the right  sparing partner in acting. Scene mereka berdua grieving dan having a mental meltdown sgt terkesan especially bila Shiqin Kamal punya meraung tu. fuh mmg menusuk. Sincerity in acting tu jiwa filem ni, dari shiqin kamal sampailah ke Vanida Imran dan Hasnul Rahmat. Kalau boleh aku nak hulurkan Oscar pada mereka berempat ni. Watak supporting seperti zuhairi adzim, azhan rani dan Amyza Aznan otai otai semua ni deliver dgn jaya. Yang jadi Doctor tu nampak lost siket, org sebelah kata he’s a good actor tapi aku tak pernah tgk dia berlakon. Lakonan dia tak align dgn semua lakonan mantap yang lain. Mungkin dialog2 yang ada tak berpeluang doctor ni rationalise concept time travel tu walaupun Akid dah berjaya bukti superpower yang dia miliki bulat bulat. Tapi tetap blur blur.

Apa yang bagus tentang concept time travelling dalam filem ni:- (spoiler alert! Utk scifi fans discussion sahaja)

1. Technically mereka ni bukan lah time travelling secara zahir. Yang travel bukan jasad physical tetapi jiwa dan consciousness masuk ke dirinya yang silam. Concept ni seperti filem The Butterfly Effect meets Xmen: DoFP. 

2. Ada scene menunjukkan apa berlaku dalam timeline yang dia tinggalkan seperti scene kereta terbabas dan kelihatan seperti tiada orang dalam nya. Aku suka element2 easter eggs seperti ni, penonton visualise sendiri. Attention to details yang baik menunjukkan pengarah ni bukan calang2, boleh kita ambil serious.

3. Penjelasan tentang hukum time travel filem ni seperti proses penuaan belum ada dalam filem filem lain. Walaupun aku tak suka physically mereka menua, aku lagi prefer idea mereka menua dalam jiwa. Subject to interpretation. Adakah mereka yang lain dalam waktu itu mmg nampak watak tu menua atau utk penonton faham internally mereka sudah tua tetapi lain nampak mereka masih align pada umur betulnya pada waktu? 

4. Ending aku tak berapa gemar, dan walaupun aku faham kenapa ending habis seperti itu tetapi mematikan idea perkembangan dari sudut sci-fi. Pengarah memilih emosi dari sci-fi. Apa yang nak dikonklusikan adalah kita tak boleh melawan takdir, maka ending menuju ke arah itu. Bagi aku akan lebih cantik last sekali lepas minta maaf pada Anas,endingnya Akid sacrificed himself pada waktu accident while the wife and kid survived. Opening the idea anak dia hidup, gets his power at 18 and ables to go back when he was 7 and saves everyone. Dan somehow universe kena pastikan the legacy continues. Sebab tu Akid boleh hidup dan seterusnya Anas juga boleh hidup. Kalau percubaan lain hanya berakhir dgn mati katak. Unfortunately, ending yang disajikan tu membuatkan lebih separuh dari filem tu tak wujud termasuk heroin dan si anak. Macam 3/4 dari filem ni penuh dgn perkara2 yang tak pernah berlaku. Waste of time la kan tontoni watak2 yang tak pernah wujud 😆 Dari segi scifi agak gagal disitu. Jadi aku rasa conclusion mati di mall yang dipilih pengarah membuatkan filem ni draggy pada waktu akhir dan agak anticlimactic. 

Apa pun solid 4 star aku kasi (out of 5). Big applause to Adrian Teh!



Reversi spoilers without context


INI ULASAN FILEM DARIPADA SAYA

Konsep filem Mesin Masa adalah sejenis filem yang masih lagi baharu dalam pasaran di Malaysia pada masa ini. Akan tetapi, filem jenis ini telah banyak diterbitkan daripada penerbit filem Hollywood dari Amerika Syarikat. Namun begitu, tidak mustahil apabila filem seperti ini digarap dengan lebih baik daripada pengarah filem serta penulisan skrip tempatan yang sempurna, akan mampu menarik perhatian penonton untuk menonton filem seperti ini di pawagam.

Filem-filem arkib tempatan yang telah dikenal pasti mempunyai elemen Mesin Masa tersebut adalah seperti filem Tuah, lakonan Dato' Jamal Abdillah dan juga filem XX Ray II di bawah arahan Aziz M Osman. Anda boleh mencari filem ini sama ada melalui 'streaming online' ataupun menontonnya melalui VCD yang masih ada dijual di pasaran (sekiranya ada).

Konsep Mesin Masa tidak dapat lari daripada isu hubungan sesama manusia, antara ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, antara adik-beradik, ataupun antara watak masa kini dengan tokoh-tokoh sejarah. Seperti yang telah kita ketahui bahawa, bagi filem mesin masa yang berkaitan rapat dengan kisah sejarah, sekiranya berlaku perubahan pada perjalanan sejarah tersebut, maka akan berubah juga sejarah ketika itu, serta pada masa depan dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, penulisan skrip filem yang mengaitkan perjalanan masa dengan kisah penceritaan kepada penonton untuk kembali kepada fitrah asal manusia (kembali kepada Yang Maha Esa) amat jarang sekali diketengahkan. Penonton filem haruslah dididik untuk mengetahui bahawa setiap kali berlakunya peredaran masa dalam kitaran hidup kita sudah tentu ada yang mengatur, menguasai dan merancang kehidupan kesemua makhluk yang ada di muka bumi. Itulah dia kebesaran daripada Yang Maha Esa yang telah menetapkan perjalanan kehidupan kesemua makhluk ciptaanNya. Ini adalah realiti kehidupan yang sebenar! Allahu Akbar ! 

Filem Reversi masih tetap diakui untuk membawa penonton menyelami persoalan "Apakah yang akan berlaku sekiranya kita cuba melawan takdir Ilahi?". Jawapan mudah di sini ialah, yang mati tetap akan mati. Yang hidup perlu teruskan kehidupan seperti biasa. Sehebat manapun seorang manusia yang mempunyai kelebihan yang dia ada, takkan dapat menandingi kuasa Tuhan Sekalian Alam. Noktah !

Selain itu, kita sebagai manusia biasa yang hidup beragama, sudah tentu akan mengerjakan solat sebagai ibadah utama yang dituntut di dalam Agama Islam. Kita perlu memohon doa ke hadrat ilahi bagi memberikan kekuatan rohani kepada kita untuk teruskan kehidupan ini. Kita telah lupa bahawa kita juga sebenarnya memerlukan bantuan orang lain seperti melalui terapi psikologi dan kaunseling daripada kaunselor yang bertauliah. Kehadiran mereka dalam sesi terapi ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dengan memberikan panduan, hala tuju kehidupan serta memperbetulkan perspektif pemikiran, prinsip dan juga nilai-nilai kemanusiaan. Kesemuanya ini adalah antara faktor-faktor penting yang dapat memberikan kekuatan diri kita untuk membantu pula insan-insan lain yang memerlukan bantuan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini dengan hati yang tenang. 

Sehubungan itu, terapi psikologi semulajadi seperti didikan, bimbingan serta nasihat daripada ibu bapa juga menjadi faktor pendorong yang menguatkan lagi penghubung kasih sayang yang tidak putus dari dunia sehingga ke akhirat. Kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Taala kelak di atas setiap perbuatan yang kita lakukan sama ada yang baik ataupun buruk. Kekuatan manusia itu terletak kepada kesepaduan antara roh, jasad, minda, jiwa dan hati nurani. Sekiranya hilang salah satu daripada elemen ini, maka akan pincanglah kekuatan sebagai manusia yang perlu menjadi Khalifah di dalam Alam Nyata ini.

Sebagai Umat Islam, kita telah diajar untuk berpegang teguh kepada 5 Rukun Islam dan juga 6 Rukun Iman. Rukun Iman yang keenam ialah PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR. Kita wajib untuk mengimani kepada ketetapan dan takdir yang telah Allah Taala tetapkan untuk kita. Hidup ini dipenuhi dengan Dugaan, Ujian Takdir daripada Allah Taala (D.U.T.A.). Maka, seharusnya kita kembali kepada Allah Taala agar kita dapat memperkuatkan lagi ketakwaan kita kepadaNya. Percayalah bahawa kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Kehidupan di akhirat iaitu sama ada, Syurga bagi balasan yang baik dan Neraka bagi balasan yang jahat memberikan kita keinsafan bahawa hidup kita di dunia adalah semata-mata untuk beribadah kepadaNya. 

SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN LINDUNGAN DARIPADA ALLAH TAALA. AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIIN.

P/S : Tahniah diucapkan kepada produksi penerbitan filem yang telah mengeluarkan filem berkualiti serta menepati ciri-ciri filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan. Syabas diucapkan kepada krew filem dan juga produksi filem ini.

[DISCLAIMER]

Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-

  1. Filem ini adalah sebuah filem fiksyen sains yang penuh dengan elemen drama. Namun, bagi saya filem ini mempunyai elemen seperti Misteri dan Mistik (bukan kategori paranormal) dan ketuhanan.
  2. Kisah seorang yang lelaki bernama Akid telah diceritakan oleh bapanya sendiri bahawa keturunan mereka mempunyai kekuatan untuk pergi ke masa silam dan juga masa hadapan. Kelebihan ini telah diwarisi daripada datuknya. Tidak diceritakan pula dengan lebih lanjut bagaimana datuk Akid mempunyai kelebihan luar biasa ini dan tidak ada pada manusia biasa yang lain. 
  3. Penceritaan 10 minit filem ini bermula apabila berlakunya kejadian ragut sehingga meragut nyawa bapa Akid sendiri (boleh tonton sendiri untuk rasai kisah tragedi dramatik tersebut). Hmm
  4. Hidup Akid terasa sunyi selepas peristiwa tersebut dan hanya ibu kandung Akid sahaja yang menemani Akid sehingga dewasa.
  5. Kehidupan Akid berubah dan mengalami perubahan besar apabila dia dipertemukan dengan Sarah. Sarah telah tinggalkan kata-kata yang begitu terkesan kepada diri Akid iaitu, "Dia tak takut untuk berhadapan dengan masa depan dan dia juga tak nak menyesal dengan perkara yang telah terjadi pada masa silam. Dia hanya cuma nak teruskan kehidupan kini seperti biasa". Akan tetapi, kata-kata daripada Sarah tersebut memakan diri Sarah balik apabila timbulnya konflik antara Akid dengan Sarah akibat kemalangan yang menimpa anaknya yang bernama Anas (spoiler alert!).
  6. Akid telah menyatakan hasrat kepada ibunya untuk berumahtangga. Namun begitu, perlu diketahui bahawa, Sarah sedang mengalami dilema sama ada menerima cinta Akid ataupun menerima tawaran daripada seorang pelanggan yang mempelawanya untuk ikut ke Negeri Sabah. Ibu pelajar tadi menyatakan hasrat kepada Sarah bagi meneruskan pengajaran ilmu seni bela diri Aikido kepada anaknya di Sabah (konflik ini anda akan dapat lihat sebelum Akid berjaya selamatkan Anas).
  7. Akid kini hidup bahagia bersama Sarah selepas hidup berumahtangga. Anda dapat lihat kebahagiaan mereka selepas menimang cahaya mata.
  8. Sebelum berkahwin, Sarah sempat tegur Akid untuk tidak lagi menggunakan kelebihannya sepanjang mengharungi hidup berumahtangga. Akan tetapi, Akid tetap menggunakan kelebihan tersebut apabila berlaku keadaan yang terdesak untuk dia selesaikan perkara yang menghantui hidupnya selama ini. 
  9. Akid menerima takdir yang berat apabila lambat untuk menyambut panggilan telefon daripada Sarah. Ini adalah kali kedua Akid tidak menjawab panggilan telefon. Kali pertama berlaku ketika Sarah buat panggilan telefon sebelum melahirkan anak lelakinya. Perlu difahami bahawa Akid sedang bertugas sebagai seorang Anggota Polis.
  10. Peristiwa yang mengubah kehidupan Akid berlaku selepas dia berumahtangga ialah ketika isterinya Sarah dan anaknya Anas mengalami kemalangan. Ini adalah antara plot penting dalam filem ini dan pengarah telah pun membuat banyak gambaran video yang berkaitan dengan peristiwa tersebut sehingga mengganggu fikiran, mental dan emosi Akid setiap hari.
  11. Selepas babak itu, akhir sekali Akid dapat menyelamatkan Sarah. Namun begitu, timbul penyesalan dalam diri Akid apabila Akid tidak dapat selamatkan Anas. Manakala, Sarah pula telah mengalami sedikit gangguan mental dan emosi serta trauma dengan kejadian yang menimpa anaknya. Perkara ini menjadi punca utama konflik rumahtangga yang dialami oleh Akid dengan Sarah. Sarah tetap menyalahkan Akid kerana tidak mampu menyelamatkan anaknya, walaupun sebenarnya Sarah patut berterima kasih kerana Akid dapat selamatkan nyawa Sarah (spoiler alert!)
  12. Akid harus sedar bahawa selepas dia selamatkan Anas, tidak mungkin dia dapat lagi selamatkan Sarah. Perkara yang sama juga berlaku ke atas diri Akid apabila Anas tidak dapat menerima kehilangan ibunya (spoiler alert!).
  13. Keadaan Akid sebenarnya kini sedang menjalani terapi kaunseling di atas keperluan daripada majikannya seperti yang ditunjukkan pada babak awal filem ini. Maka, pada babak akhir daripada terapi kaunseling tersebut, akhirnya, Akid telah dapat menerima kenyataan bahawa Sarah dah tiada dalam hidupnya. Akan tetapi, selepas Akid telah mendengar sendiri pengakuan daripada ibunya, lalu perkara ini telah buatkan Akid berubah pendirian sekali. Kali ini Akid bertekad untuk selesaikan isu yang tergantung sejak awal lagi iaitu ketika bapanya meninggal dunia.
  14. Sebelum Akid bertekad untuk kembali bertemu dengan bapanya, Akid telah ulang kali untuk rakamkan setiap detik peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dengan teliti pada ketika ini. Pada saat itu, babak yang paling sedih ialah apabila Akid bertemu sekali lagi dengan Sarah seperti sebelum ini pada awal filem. Akan tetapi, kali ini Akid takut untuk berjumpa dan bertemu dengan Sarah ketika itu buat kali kedua. Huhuhu....
  15. Akhirnya, filem ini tamat apabila Akid berjaya bertemu dengan bapanya. TAMAT

Sebagai penutup, pandangan saya secara peribadinya, seelok-eloknya, ialah filem ini haruslah di tamatkan dengan babak apabila ibu bapanya sama-sama berdoa selepas mengerjakan solat. Ini adalah kerana, boleh dikatakan punca masalah ini berlaku apabila bapa Akid sendiri sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Akid akan tinggalkan mereka berdua kerana telah kembali ke Rahmatullah. 

https://www.facebook.com/share/p/1DD7GXtHky/

P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Oleh itu, kerana sedikit kekurangan tersebut, maka saya hanya mampu untuk berikan rating hanya sebanyak 4.5/5 ⭐. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...